Archive for December 2008

MANISNYA AYAM MANISNYA UKHUWWAH

Islam adalah agama yang syumul dan lengkap serta meliputi seluruh aspek kehidupan. Bukan sahaja semata-mata agama ubudiah, malah Islam adalah the way of life. Islam telah mengajar umatnya bagaimana untuk memilih makanan yang halal dan baik. Justeru, BKASJ bersama-sama MPKJ dan MSSJ bercadang untuk menganjurkan program ini bagi memberi pendedahan kepada ahli tentang proses penyembelihan(ayam sahaja untuk kali ni) yang telah digariskan oleh syara’ disamping kita mengeratkan lagi ukhuwwah antara kita….

Tarikh : 20 Disember 2008
Masa : 9.00 pagi-4.30 petang
Tempat : Irbid, Jordan (Lapangan melapah tempoh hari*)


TENTATIF PROGRAM :

0830 - Ketibaan ahli
- Pendaftaran dan pembahagian Kumpulan
- Sarapan

0900 - Ucapan ;
- Pengarah Program
- Presiden MPPM

0930 - Penerangan proses penyembelihan oleh ketua fasilitator

0945 - Proses Penyembelihan
- Pembersihan Ayam

1130 - Rehat
- Solat Zohor (secara bergilir-gilir bagi akhawat)
- Alas perut

1230 - Sambung kerja-kerja pembersihan ayam

1400 - BBQ
- Gilir-gilir solat Asar

1600 - Makan

1630 - Penutup
- Bersurai

* Ahli yang tidak tahu dimana lapangan melapah yang dimaksudkan
akan dibantu oleh AJK-AJK dan ahli-ahli di Irbid yang mengetahuinya.


** Bagi ahli di Irbid disarankan agar membawa pisau sendiri yang mana
ketajamannya melepasi piawaian ISO syara’ didalam Islam….


Daftar dgn segera sebelum 17/12/08
Semua ahli BKASJ,MPKJ & MSSJ dijemput utk menyertai program Chicken Run ini!!
Sama2 kita berdoa agar hujan tak turun pada hari tersebut…..
Jumpa disana!!!

Alf Mabruk dan Selamat Pengantin Baru

Khas buat Asma' Othman dan Aishah Othman (Ahli Rasmi BKASJ di Mu'tah)

11 Disember 2008 : Majlis Pernikahan Asma' dan Taufik

31 Januari 2009 :

-Majlis Pernikahan Aishah dan Hairuddin

-Walimatul Urus bagi kedua-dua pasangan ini



Aturcara Majlis Akad Nikah

Taufik ♥ Asma'

11 Disember 2008 (Khamis)

Bayt Bahr, Mu'tah

7.00 am

-Kehadiran tetamu jemputan

-Tayangan secara conference dengan majlis

di Malaysia

-Bacaan doa

-Jamuan makan

-Sesi bergambar

-Bersurai




"Semoga tautan kasih yang terpahat di dalam hati kedua-dua pasangan ini disirami cahaya kasihNya dan berkekalan hingga ke akhir hayat..amin ya Rabbal 'Alamin" -BKASJ 08/09

Kisah Cawan...






Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan. Adush..peritnya..tersebutlah kisah..di suatu pagi cerah,aderla sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik.

"Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara..(biar betiik..?)"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna.sob2.. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop !please..!(bijak BI dy nie..)

Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !'not yet’ Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop !Please! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !'not yet’(ee..sabarla cawan nie..sabar kan separuh dr iman..) Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku.

Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop !Please! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !'not yet’ Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini !

Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.

MasyaAllah..Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik.Akukah ini..?? Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya. (cerita ini hanyalah rekaan semata2..)

Pengajaran: Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakitla, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'. Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita.La Yukallifullahu nafsan illa wusa’ha..ayat nie selalu kter baca time Mathurat..means kter knla sematkannyer dlm hati..

Ertinya anda harus kuat(macam cawan tue..) dalam menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat).

Apasekali pun..YAKIN,YAKIN,YAKIN..ngan Allah sgt pntg..kalo kt yakin..percayalah kalo terjun bangunan pun x mati..sbb kt yakin Allah ngan kter..(lain la kalo dah ajal kan..)..tp kalo Allah kater “Ari nie bkn ari engkau”..bknla maknanya Allah x sygkan kter..n mengurangkan keyakinan kt pdNya..tp...DIA menyediakan sumthin special tuk kter di kemudian ari..n kt mst yakin!!(mcm special present..sp yg x suka kan..)n keyakinan nie..mstla dihiasi ngan usaha dan doa agar bentukan di masa akan dtg menjadi satu kepuasan n kesyukuran yg x terhingga...insyaALLAH..(kater kunci ari nie..YAKIN!..=)WAllahu a'lam..

-BIRO TARBIYAH & AKADEMIK BKASJ 08/09-