Archive for February 2009

MAJLIS AKADEMIK,KERJAYA,UKURAN AKAL (A.K.U) ANAK SELANGOR..dengan kerjasama KMKJ

(sila klik untuk besarkan imej)



Keajaiban Otak telah dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:

[32.9] Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: rohciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.





Adakah anda..

..masih tertanya-tanya tentang rahsia dan misteri disebalik tirai fungsi dan peranan otak?

..sedar betapa agungnya ciptaan akal yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T?





Adakah anda..

..cukup bersedia untuk meneruskan perjuangan dalam arena ilmu di bumi bertuah ini?

..telah berpuas hati dengan keputusan serta hasil usaha anda dalam pengajian anda?





Adakah anda..

..masih tertanya-tanya tentang hala tuju kerjaya anda setelah tamat pengajian?

..telah cukup berkeyakinan untuk memulakan kerjaya anda?





Semua ini akan terjawab jika anda menyertai program MAJLIS AKU ANAK SELANGOR..Ingat!!-Ini bukan program patriotik tetapi merupakan majlis yang melambangkan kasih sayang dan keprihatinan BKASJ terhadap ahli-ahlinya terutamanya dalam soal akademik dan motivasi diri ;) Anda yang menentukannya..'YOU ARE WHAT YOU THINK'!!









Hari TERAKHIR daftar nama- 24/2/2009 (SELASA)

Amman

Shahrul (0777227403)--Marwah (077 696 0818)

Irbid

Basyaruddin (0779837059)--Shaheera (0776947988)--Natasha (0776916003)

Mafraq

Shukri (0779795806)--Nur Aina (0776943438)

Mu'tah

Fikri (0776515701)--Umi Kalsom (0779117451)





Tentatif :

8.20 pagi - Kehadiran peserta dan para jemputan

- Sarapan pagi

9.00 pagi - Ucapan Pengerusi Majlis

9.10 pagi - Gema Wahyu

9.20 pagi - Ucapan dan perasmian oleh wakil Jabatan Penuntut Malaysia

9.40 pagi - Forum ‘Revolusi IQ, EQ, SQ : Neurosains dan Islam’

1) Dr. Dzulqarnain bin Ahmad Iskandar Shah, Tahun 4,DEN JUST

2) Dr. Farah Najihah binti Tajurudin, Tahun 5, MD JUST

3) Ustaz Wan Yusrizal bin Wan Shafi'i, MA Fiqh wa Usuluh, Univ. Jordan

- Sesi soal jawab

11.50 pagi - Rehat

- Makan tengahari

- Solat Zohor

1.00 petang - Tayangan motivasi

1.15 petang - Talk Kerjaya – Graduasi Lepasan Bidang Agama

- Sesi soal jawab

2.45 petang - Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan cenderahati

3.45 petang - Bacaan doa dan bersurai



jawapan untuk artikel bulan disember



Assalamualaikum...answers for the questions of the article in disember..



1.siapakah wanita pertama yang menyusukan Rasulullah SAW ?


JAWAPAN : THUWAIBA ASSALAMIYAH(thuwaiba)



Masa Kecil Nabi SAW


Sudah menjadi kebiasaan bangsawan-bangsawan Arab di Mekah bahwa anak yang baru lahir akan disusukan kepada salah seorang Keluarga Sa'd. Sementara masih menunggu orang yang akan menyusukan itu, Aminah menyerahkan anaknya kepada Thuwaiba, budak perempuan pamannya, Abu Lahab.Hamzah yang juga kemudian disusukannya. Jadi mereka adalah saudara susuan. Thuwaiba hanya beberapa hari saja menyusukan.
Akhirnya datang juga wanita-wanita Keluarga Sa'd yang akan menyusukan itu ke Mekah. Mereka memang mencari bayi yang akan mereka susukan. Akan tetapi mereka menghindari anak-anak yatim, karena mereka mengharapkan upah yang lebih. Sedang dari anak-anak yatim sedikit sekali yang dapat mereka harapkan. Oleh karena itu di antara mereka tak ada yang mau mendatangi Muhammad. Salah seorang dari mereka, Halimah bint Abi-Dhua'ib, tidak mendapat bayi lain sebagai gantinya. Memandangkan mereka akan meninggalkan Mekah, Halimah memutuskan untuk mengambil Muhammad. Dia bercerita, bahwa sejak diambilnya anak itu ia merasa mendapat berkah. Ternak kambingnya gemuk-gemuk dan susunyapun bertambah. Tuhan telah memberkati semua yang ada padanya. Selama dua tahun Muhammad tinggal di sahara, disusukan oleh Halimah dan diasuh oleh Syaima', puterinya.




2.anatomy question..what is nerve that gives funny elbow..?


ANSWER : ULNAR NERVE.


Summarily,in human anatomy, the ulnar nerve is a nerve which runs near the ulna bone. The ulnar nerve is the largest unprotected nerve in the human body (meaning, unprotected by muscle or bone) and most medial nerve of your hand.. why it is call funny elbow??because it is located posterior(behind) your medial epicondyle(one of the humerus components)..that’s why..this nerve is very easy to excited....Have u ever felt that sometimes,when u hit your elbow u felt something excited(mcm kejutan elektrik sikit..)ha..that is ulna nerve..

P/S:just for informations, for who are new in anatomy..


Humerus : bone of your arm


Ulna:bone of your forearm


Medial: term used when it is located near to your body(mcm..middle(tgh))


If it is far from you body,we use term lateral(sisi/tepi)


Alhamdulilllah..kan dah dapat ilmu baru.=).walaupun sedikit, tapi it is better than nothing..betul tak.?.bila dah tahu sikit2 nih..mesti rasa macam nak tgk maklumat selanjutnya kan..hehe..for what..?to gain your knowledge..bak kater dr muszaphar..u should diversify..because we are khairul ummah..ok,thank you for reading.. ^_^





Remaja Dan Pemikiran Reaktif

REAKTIF bermaksud tindak balas terhadap sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang berlaku menyebabkan manusia terusik dan melakukan tindakbalas. Tindak balas yang berlaku selalunya bersifat spontan tanpa pemikiran dan kajian yang mendalam. Sikap reaktif selalunya berkait rapat dengan keadaan emosi seseorang. Sekiranya emosi seseorang tidak stabil, tindak balas akan menjadikan keadaan atau sesuatu itu tidak stabil. Kalau emosinya resah dan kacau jalan berfikirnya penuh dengan kekacauan. Faktanya mungkin tidak lengkap. Analisisnya tidak tepat. Kesimpulan yang diambil juga tidak membayangkan adanya pemikiran yang mendalam terhadap sesuatu isu atau perkara.



Berfikir reaktif boleh membawa kepada kegopohan. Berfikir dalam suasana gopoh boleh menyebabkan kesilapan berlaku. Orang yang berfikir reaktif cepat membuat kesimpulan. Kadang-kadang mengambil pendekatan menghukum lebih daripada pendekatan memahami mengapa ia berlaku, bagaimana mengatasinya dan faktor-faktor apa yang boleh memberikan alternatif terhadap isu atau masalah yang berbangkit.



Berfikir reaktif menjadikan sesuatu keputusan yang dibuat dalam keadaan tidak masak atau separuh masak. Ia kadang-kadang membudaya pada diri seseorang. Bila menghadapi sesuatu masalah, mendepani sesuatu isu, mengalami sesuatu kebuntuan, ia tidak berfikir secara kritikal, strategik ataupun kreatif sebaliknya melakukan sesuatu berasaskan apa yang terlintas pada minda dan emosi dan kadang-kadang ledakan minda dan emosi menyebabkan keadaan menjadi lebih bercelaru.



Dalam tradisi Islam kestabilan minda dan celik emosi adalah asas yang sangat penting bagi seseorang manusia. Cerdas akal saja tidak cukup. Ia memerlukan kecelikan emosi (emotionally literate) untuk mengenal, memahami, membuat pertimbangan yang terbaik supaya penyelesaian kepada masalah dan jawapan terhadap isu berada di tahap yang terbaik. Ajaran Islam memberitahu kita sekiranya kita mendapat perkhabaran daripada orang yang fasik, sila periksa terlebih dahulu sama ada perkhabaran itu benar atau salah. Rasulullah s.a.w. apabila menerima perintah Allah untuk berpindah dari Mekah ke Madinah, baginda tidak bersifat emosional atau reaktif. Sebaliknya Rasulullah merancang strategi bijaksana hingga akhirnya baginda selamat sampai ke Madinah.



Idealisme di tahap tinggi



Para remaja pada tahap umur muda berada dalam tahap kesuburan emosi yang tinggi dan idealisme yang hebat. Kesuburan emosi yang tidak diimbangi dengan ilmu dan pengalaman boleh menyebabkan remaja bersikap reaktif dan kadang-kadang melampaui batas. Idealisme yang hebat kadang-kadang menjadikan remaja mendekati sesuatu isu secara hitam putih. Lalu jalan mudah adalah menghukum dan melakukan labelling atau mengecap seseorang dengan sesuatu yang jelik. Kepuasan emosi yang sifatnya amarah menjadi kepuasan baginya tetapi jelik bagi orang lain. Tidak salah remaja membina idealisme dalam hidupnya. Hasil berfikir, membaca dan memerhati, remaja tidak dapat mengelakkan diri daripada bersikap ideal. Jiwa berontak yang ada pada remaja kadang-kadang menuntut jalan keluar dan alternatif yang gopoh.



Tetapi idealisme yang ada pada remaja harus diimbangi dengan keupayaan memahami realiti. Realiti adalah medan sebenar remaja membaca masalah, mengkaji isu, meneliti sebab-musabab dan memikirkan jalan keluar yang terbaik dan bijaksana. Remaja tidak hanya bersikap reaktif lalu keputusan yang dibuat selalunya bersikap melulu dan membawa akibat yang sebaliknya. Menjadikan idealisme sebagai sumber memahami faktor-faktor dalam realiti sebagai asas memahami masalah, ia membolehkan remaja bersikap matang dan dewasa. Kematangan dan kedewasaan di sini merujuk kepada kekuatan ilmu, analisis yang tepat dan keputusan yang berwibawa. Menjadikan realiti sebagai asas tanpa didukung oleh idealisme, ia boleh menyebabkan keputusan kehilangan arah.






Ibarat bunga kiambang


Idealisme dan realiti ibarat bunga kiambang yang cantik di permukaan tetapi akarnya tidak terjunam pada lumpur. Bila ditolak arus ia mungkin hanyut. Pemikiran remaja yang reaktif juga boleh berlaku sedemikian. Idealisme yang tinggi tanpa pedoman memahami realiti boleh mendorong para remaja berfikir emosional dan gopoh. Para remaja harus menjadi seorang yang idealis sekali gus realis, baru pedoman terbaik dalam pemikiran memandu remaja ke arah memahami realiti. Hal yang sama juga perlu dalam konteks seorang remaja yang realis atau terpikat dengan aliran realiti yang harus juga memiliki idealisme yang baik supaya ia memiliki pedoman dan arah. Para remaja adalah tenaga yang berpotensi untuk membangun negara. Salah satu cabaran yang bakal dihadapi oleh remaja adalah menghubungkan nilai-nilai baik dengan realiti yang serba bejat atau pincang.


Remaja tidak boleh mengelak diri daripada menghadapi faktor hidup dan kehidupan yang dinamik berubah. Remaja juga adalah tenaga modal insan yang amat berpotensi bagi menentukan hala tuju pembangunan umat yang lebih terarah. Reflektif terhadap kehebatan tamadun silam semata-mata tidak memadai untuk membuat kesimpulan mengapa umat Islam hari ini tidak menjadi hebat seperti yang berlaku pada masa yang lalu. Kalau dulu boleh mengapa hari ini tidak boleh. Lalu, para remaja cuba menggunakan berfikir reaktif iaitu menghukum realiti hari ini dengan mengambil contoh masa silam. Contoh masa silam memenuhi prasyarat yang diperlukan untuk membina tamadun. Ketika puncak tamadun silam, ulama dan umara’ (pemimpin) melakukan sinergi atau kerjasama erat, ilmuan meneroka dan membangunkan ilmu yang sifatnya integratif, tradisi pengkaryaan berkembang dalam keadaan yang luar biasa dan keterbukaan untuk belajar daripada sumber-sumber tamadun yang bermanfaat daripada orang lain. Tetapi realiti hari ini dalam dunia Islam tidak begitu. Berfikir reaktif terhadap apa yang ada dengan menghubungkan kekuatan silam yang memenuhi prasyarat tamadun menyebabkan kita mengambil pendekatan hitam putih dan ia tidak membawa kita ke mana- mana.


Ummat Pengguna atau Ummat Penyumbang?


Para remaja harus mempersiapkan diri dengan ilmu. Ilmu Barat dan Timur yang berkembang harus dipelajari. Ada faedah berbanding yang boleh diambil daripada sumber-sumber tersebut. Islam tidak mengambil sikap anti-Barat semata-mata kerana mereka adalah Barat. Umat Islam harus hati-hati tentang proses pembaratan yang sedang berjalan. Berfikir reaktif menyebabkan apa saja yang berlaku di Barat menjadi contoh kepada kita. Ia meletakkan diri kita sebagai umat pengguna bukan umat penyumbang. Berfikir reaktif di kalangan remaja menjadikan ukuran Barat sesuatu yang hebat. Pakaian cara Barat melambangkan kemajuan dan kemodenan. Hiburan cara Barat boleh menghilangkan resah dan tekanan diri. Malah terdapat remaja yang menganggap Islam sebagai kolot, menyekat kemajuan dan tidak maju seperti Barat maju. Untuk menjadi maju, remaja mesti berfikiran liberal, harus memerdekakan diri dari belenggu agama supaya hidup lepas bebas menjadikan remaja maju. Ini sikap reaktif melulu yang menyebabkan remaja Islam terus terjebak dengan perangkap pembaratan dalam pelbagai bentuk dan dimensi. Tidak celik hati Memberi reaksi terhadap sesuatu perkara adalah baik. Ramai di kalangan remaja pada hari sudah mewarisi penyakit mati rasa dan tidak celik hati. Akalnya mungkin cerdas tetapi hatinya tidak celik. Ia menyebabkan sebahagian dari remaja membina gaya hidup dengan mengikut arus, dibelenggu oleh perkembangan fesyen, memperagakan bakat dan kebolehan secara negatif dan akhirnya tidak menyumbang apa-apa untuk pembangunan diri dan juga masyarakat. Sebahagiannya menjadi beban kepada negara.



Reaktif terhadap sesuatu mestilah diikuti dengan pemahaman yang baik terhadap punca, sebab dan jalan mengatasinya. Pendekatan sebegini boleh menjadikan remaja tidak gopoh dalam membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan. Mereka juga sentiasa dipandu oleh data dan fakta, pemahaman yang baik antara idealisme dan realiti, memiliki pemikiran strategik dan reflektif mendekati sesuatu masalah dan akhirnya mempunyai perancangan yang rapi dan teliti bagaimana sesuatu isu dapat ditangani dengan bijaksana dan sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan baik. Inilah asas pemikiran proaktif yang patut dikembangkan di kalangan remaja.




~Jawapan bagi soalan dalam The Lantern bulan 01/09 ialah The Mines Wonderland..~




~Biro Tarbiyyah & Akademik 08/09~

MAIWP : Khas untuk anak-anak KL


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Jika anda :

1) Ingin membuat permohonan Bantuan Am Pelajaran/Biasiswa Baitulmal
2) Beragama Islam

3) Warganegara Malaysia
4) Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari setahun (PENTING!-ibubapa MESTI bermastautin di Wilayah Persekutuan pada waktu sekarang).


Anda boleh mendapatkan borang permohonan tersebut (ada 10 borang sahaja) dari nama-nama seperti yang tercatit di Posting bawah (INGAT!-hanya borang sahaja yang disediakan. Segala urusan lain yang berkaitan adalah di bawah kelolaan anda sendiri)..sekian, yang sedikit berusaha untuk kebaikan bersama..

Unit Zakat BKASJ sesi 08/09



Dewasa ini, kita seringkali disogokkan dengan kata-kata yang kurang enak berkaitan dengan hal pengurusan zakat pelajar-pelajar di bawah tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Lantaran itu, Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) sesi 08/09 telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu unit zakat yang bertujuan:

1) Menyediakan borang zakat kepada yang ingin memohon bantuan zakat (kalau nak borang, minta pada diorang ya!)



2) Membincangkan cara-cara untuk membuat permohonan zakat dan memaklumkan kepada ahli-ahli. (rujuk Posting October 2008).



3) Mengumpulkan muaddal tarakumi ahli-ahli pada setiap fasal seperti mana yang diminta oleh pihak berkuasa zakat.



4) Menghantar maklumat dan borang-borang zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk diproses.



5) Sentiasa menghubungi pihak LZS untuk mengetahui perkembangan terkini hal urusan bantuan zakat pelajar-pelajar.



6) Mengajak dan menyeru setiap ahli untuk bersabar serta bertawakal dalam menanti kedatangan seiring kemasukan wang bantuan zakat.



Oleh hal demikian, tanggal 23 November 2008 lalu, telah termetrailah unit ini yang terdiri daripada:

Pengerusi : Musaddeq bin Khalid (Irbid) - 0777834532

Timbalan Pengerusi I : Ahmad Amirul Amin bin Azmi (Irbid) - 0776987670

Timbalan Pengerusi II : Norshaheera binti Mohamad Rais (Irbid) - 0776947988

Setiausaha : Siti Dalilah binti Hasan (Irbid) - 0776329733



Diingatkan juga bahawa usaha yang kecil ini bukanlah bermakna 100% dapat memuaskan hati semua pihak kerana unit ini masih baru ditambah pula dengan permasalahan-permasalahan dari ‘pihak luar’ yang kadang-kadang diluar jangkaan kiter. Oleh itu, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan kita di dunia lagi-lagi di akhirat. Ameen.. (^_~)