Archive for August 2009

lord of ramadhan [IFTOR JAMAIE 2009]



buat semua warga BKASJ




insyaAllah, sempena dgn bulan ramadhan yang mulia dan baraqah ini..





anda semua dijemput hadir ke majlis berbuka puasa BKASJ 2009..




tarikh : 26 ogos 2009


mantiqah: irbid


tempat: syabab (sutuh imarah abu muhammad)


akhwat (bayt insyirah)


masa :6.30 ptg



marilah bersama-sama memeriahkan majlis dan mengenali saff pimpinan BKASJ yang baru...



"signifikasi kemaslahatan interpretasi perpaduan"



allahumma balighna ya ramadhan!!!~



[unit tarbiyah dan akademik BKASJ 2009/2010]

BADAN PENTADBIR BKASJ 09/10

CARTA ORGANISASI BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN
SESI 2009/2010

(AHLI MAJLIS TERTINGGI)
PENASIHAT
MUHAMMAD RAFIEUDIN BIN RASDI
NORHAZIMAH BT SAPARWAN
YANG DI PERTUA
MOHD SHUKRI BIN RUSLAN
TAHUN 3,USUL FIQH,UNI.AL-BAYT
077 9795806
TIMB. YANG DIPERTUA
BASYARUDDIN EFFENDY BIN AB KADIR
TAHUN 3,BAHASA ARAB,UNI.YARMOUK
077 9837059
NAIB YANG DIPERTUA
NORSHAHEERA BT MOHAMAD RAIS
TAHUN 4,BAHASA ARAB,UNI.YARMOUK
077 6947988
SETIAUSAHA AGUNG
MUHAMMAD FAIQ NABIL BIN RAMLI
TAHUN 2,PERUBATAN,JUST
077 9669837
TIMB. SETIAUSAHA AGUNG
SHAHIDATUNNUR BT NORAZAMI
TAHUN 3,PERGIGIAN,JUST
077 9847825
BENDAHARI AGUNG
MUHAMMAD FAKHRI BIN ZAMRI
TAHUN 2,USULUDDIN,UNI.AL-BAYT
077 7632921
TIMB. BENDAHARI AGUNG
NURUL SALWANI BT MAHAMAD NAPIAH
TAHUN 3,BAHASA ARAB,UNI.YARMOUK
077 9839025
(AHLI MAJLIS EKSEKUTIF)
UNIT PENGURUSAN ZAKAT
Pengerusi : MOHD SHAHRUL BIN SHAHROM
Timb. Pengerusi I : ABDUL RAHMAN BIN SHA'ARY
Timb. Pengerusi II : SITI FATIMAH BT HAMIDON
UNIT TARBIYAH DAN AKADEMIK
Pengerusi : MUHAMMAD IHSAN BIN PAJARRUDIN
Timb. Pengerusi : SHAHARINA BT SHAHARUDDIN
UNIT PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
Pengerusi : MOHD AFNAN HAMIMI BIN MOHAMAD NORDIN
Timb. Pengerusi : HANNAH BT HARIS
UNIT EKONOMI DAN KEBAJIKAN
Pengerusi : ABDUL RAZAK BIN TALDERI
Timb. Pengerusi : RAHMAH BT NASIR
UNIT SUKAN DAN KEBUDAYAAN
Pengerusi : MUHAMMAD HASHEMI DAHALAN BIN MD RAZIP
Timb. Pengerusi : NUR IZZAH BT MD AKHIR
(PERWAKILAN)
PERWAKILAN AMMAN
MUHAMMAD BIN SIDEK
NAZIRAH BT ABD. RAHMAN
PERWAKILAN MAFRAQ
MOHAMAD KHIEDIER BIN ABDUL WAHAB
AINUN NADHRAH BT KAMARUDDIN
PERWAKILAN IRBID
MUHAMMAD HILMI BIN MOHD ARIF
NURA BT AL-AMIN
PERWAKILAN MU'TAH
MOHD HEZRIRULLAH BIN ABU BAKAR SHAARI
BAZILAH BT AHMAD ZAKI

Bulan Sya'ban

• Muqaddimah



Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.



Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai.Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua.
Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan demikian kerana ia sebagai pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.






Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).



• Keutamaan Bulan Sya’aban





Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :






"Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).





Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.




Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :

"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."



• Amalan-amalan di bulan Syaaban




Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :



• Memperbanyakkan puasa sunat





Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.




Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."



• Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah.




Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)






• Bertaubat






Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Sumber : http://www.geocities.com