Archive for March 2012

Test Je Weh


Imtihan biasanya bertujuan untuk menguji penguasaan ilmu yang dipelajari. Tanpa melihat kepada matlamat belajar setiap orang, yang sepatutnya kerana Allah SWT, imtihan telah menjadi satu sistem dalam pendidikan. Sama ada menggunakan kaedah sumatif atau formatif, ia berfungsi untuk menguji kefahaman, sehingga dapat diketahui selepas itu mereka yang cemerlang dengan mereka yang sederhana. Maknanya ia menjadi alat untuk membezakan di antara seseorang dengan seseorang yang lain.

Nota Imtihan: Ia satu Ibadah.




Ahli BKASJ mesti memahami tujuan Imtihan dan Ilmu.

Imtihan biasanya bertujuan untuk menguji penguasaan ilmu yang dipelajari. Tanpa melihat kepada matlamat belajar setiap orang, yang sepatutnya kerana Allah SWT, imtihan telah menjadi satu sistem dalam pendidikan. Sama ada menggunakan kaedah sumatif atau formatif, ia berfungsi untuk menguji kefahaman, sehingga dapat diketahui selepas itu mereka yang cemerlang dengan mereka yang sederhana. Maknanya ia menjadi alat untuk membezakan di antara seseorang dengan seseorang yang lain.

Allah Azza wa Jalla memerintahkan Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam supaya melakukan ujian(imtihan) kepada golongan wanita yang datang ke Madinah selepas Perdamaian Hudaibiah tahun ke 6 Hijrah.

Tujuannya untuk menguji keimanan mereka dan mengetahui faktor mereka berhijrah ke Madinah. Firman Allah SWT dalam Surah al-Mumtahinah ayat 10:

"...Wahai orang-orang yang beriman, apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah mereka, Allah lebih mengetahui akan iman mereka. Dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir.."

Ahli BKASJ mesti menanamkan cinta mencari Ilmu BUKAN untuk Imtihan sahaja.

Imtihan boleh berlaku dalam pelbagai konteks, sama ada kehidupan itu secara keseluruhannya atau dalam konteks yang lebih kecil.

Dalam konteks pendidikan kita telah sedia makluman akan kepentingan dan kesannya. Berusahalah secara maksimum dan bertawakkallah kepada Allah. Ia merupakan tempoh yang sangat penting bagi seorang penuntut ilmu. Berjaya mengurus tempoh ini bermakna kejayaan, dan sebaliknya jika gagal mengurusnya maka ia bermaksud kegagalan.

Tempoh imtihan ini juga menguji syariat dan ibadah. Ada yang menjadi baik pada musim imtihan tetapi kembali melakukan maksiat selepas tamat imtihan, alasannya supaya boleh jawab soalan dengan baik kerana maksiat boleh gelapkan hati.

Terdapat juga yang fana’ dengan nota dan study group hingga melewatkan solat dan mengabaikan solat berjemaah, mereka kata masa tak cukup dan kena ‘study maut’.

Itu baru yang wajib belum lagi yang sunat seperti membaca al-Qur’an, solat sunat rawatib dan bersedekah, lagi lah jauh untuk dilakukan. Namun masih ada yang istiqamah dengan peribadi muslim, tahniah untuk mereka.

Hakikatnya manusia adalah hamba Allah SWT selagi hayat dikandung badan, samada musim imtihan atau tidak, saat kritikal atau biasa. Allah Maha Mengetahui setiap tindak tanduk kita(intabih jiddan), sama ada yang zahir atau batin. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hijr Ayat 97-99:

"...Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui bahawa engkau (Muhammad) bersusah hati dengan apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah daripada orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu yakin (kematian)."

Tempoh imtihan perlu diurus dengan baik merangkumi ilmu dan amal. Tawakkal pula selepas daripada usaha dengan menggabungkan antara takut dan harap. Berdoa dan bermunajatlah kepada Allah dan mintalah dengan rintihan dan keyakinan. Imtihan yang berfungsi untuk menguji tahap penguasaan ilmu kita juga adalah ujian buat kita.

Kawan-kawan BKASJ rebutlah peluang semasa kita menimba ilmu di bumi syam ini, anggaplah imtihan ini satu ibadah kita. Apabila ia ibadah maka mendepaninya mendapat pahala Allah SWT. Ingat tu..di samping menjaga kesihatan, jaga hubungan baik kita dengan sahabat-sahabat, terutama hubungan dengan Pencipta kita semua..Allah Yang Maha Esa.

Maka Allah bekalkan janji, kunci kejayaan(miftahun najah) buat kita semua.

Dari Unit Tarbiyah dan Akademik BKASJ mendoakan agar kalian berjaya dalam imtihan untuk fasal kali ini. Semoga Allah sempurnakan nusrahnya dengan asbab kita berusaha kemudian bertawakkal pada Nya. USAH jemu berdoa.

Jom kita hayati apa yang telah Allah firmankan untuk orang-orang yang berjaya semasa kehidupan di dunia dan akhirat..firman Nya dalam Surah Al-Mu'minun:


1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu (zina, homoseksual, dan sebagainya) Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
[Surah Al-Mu'minun : 1-11]

__________________________________

Unit Tarbiyah dan Akademik mengucapkan, selamat meghadapi imtihan..imtihan dunia menuju imtihan akhirat. Bittaufiq wan najah.