Archive for June 2008

Usul Cadangan, Perlembagaan dan Surat Jemputan AGM BKASJ ke-13

Assalamualaikum wbt,

Berikut adalah surat yang dikeluarkan kepada semua ahli BKASJ di seluruh Jordan.
1. Surat jemputan AGM BKASJ ke-13
2. Borang Usul dan Cadangan
3. Perlembagaan BKASJ 07/08

Makluman terbaru, tarikh akhir untuk menghantar borang usul adalah pada 1 Julai 2008.
Manakala tarikh akhir untuk mengemukakan komen dan cadangan adalah pada 2 Julai 2008.

Untuk memudahkan urusan, selain dihantar ke penama-penama yang termaktub di dalam surat,
mana-mana borang yang sudah diisi bolehlah juga dihantar ke emel : dzul15@yahoo.com

Sekian, wassalam

Poster BKASJ
























Surat pekeliling JPR

Assalamualaikum wbt,

untuk mantiqah-mantiqah luar irbid, surat-surat akan dihantar melalui blogspot BKASJ ini untuk memudahkan urusan pilihanraya.

Berikut adalah fail-fail word yang berkaitan dengan pencalonan AMT BKASJ 0809
1. Surat pekeliling
2. Syarat-syarat pencalonan
3. Senarai nama yang layak bertanding (siswa)
4. Borang pencalonan

Semua ahli BKASJ diminta menghantar senarai nama tersebut kepada penama-penama yang dinyatakan sebelum 29 Jun 2008

Sekian, terima kasih

Borang keahlian

Assalamualaikum wbt,
sebelum penutupan sesi pentadbiran BKASJ 2007/2008, pelajar-pelajar yang masih tidak menghantar borang keahlian semula bolehlah berbuat demikian secepat mungkin

Borang keahlian bolehlah dihantar ke perwakilan mantiqah masing-masing.

Untuk memudahkan urusan, borang keahlian yang baru bolehlah diperoleh di sini (sila klik borang keahlian)

Sekian, terima kasih

BRAIN TEASER kembali lagi...!!


Kuiz tahunan BKASJ kembali menemui anda dengan soalan-soalan yang mencabar minda dan fikiran anda Sama-samalah memerah otak anda dengan 'Brain Teaser' (sila klik untuk download)

Syarat-syarat penyertaan.

· Terbuka kepada semua ahli BKASJ.

· Semua yang terlibat dalam pembikinan soalan tidak dibenarkan menyertai

pertandingan.

· Anda boleh menggunakan kereativiti anda untuk mencari jawapan.

· Jawapan mestilah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan.

· Penyertaan tidak semestinya lengkap menjawab semua soalan. Anda sebaliknya dikehendaki menjawab sebanyak mungkin soalan yang dapat dijawab.

· Penyertaan dikira dengan menghantar buku ini kepada perwakilan-perwakilan mantiqah yang telah dilantik ataupun terus kepada Unit Tarbiyyah dan akademik BKASJ(ikhwah-saudara rafie & akhawat-saudari Nadia bt Ismail).

· Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 JUN 2008. Penyertaan yang lewat tidak akan dilayan kecuali mengikut budi bicara pangarah dengan alasan-alasan yang munasabah.

· Pemenang akan diadili berdasarkan jawapan yang diberikan dan penyertaan yang awal.

· Para pemenang akan diumumkan pada mesyuarat agung tahunan BKASJ yang akan datang ini.

· Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang permohonan tidak akan dilayan.

· Hadiah yang menarik menanti anda.

Anjuran Unit Tarbiyah & Akademik BKASJ

Makluman berkenaan program 'Chicken Run'

Assalamualaikum,

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa program 'Chicken Run' yang dirancang untuk dijalankan pada 27 Jun 2008 tidak dapat dijalankan berikutan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.
Antara sebabnya adalah kerana masalah kekangan waktu di semester musim panas, tiada peruntukan daripada MSD, kekurangan tenaga kerja dan sebagainya

InsyaAllah program ini akan dibawa ke sesi hadapan,insyaAllah
Terima kasih di atas komitmen yang diberikan.. segala usaha anda amat kami hargai

Wassalam