Kuiz tahunan BKASJ kembali menemui anda dengan soalan-soalan yang mencabar minda dan fikiran anda Sama-samalah memerah otak anda dengan 'Brain Teaser' (sila klik untuk download)
Syarat-syarat penyertaan.
· Terbuka kepada semua ahli BKASJ.
· Semua yang terlibat dalam pembikinan soalan tidak dibenarkan menyertai
pertandingan.
· Anda boleh menggunakan kereativiti anda untuk mencari jawapan.
· Jawapan mestilah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan.
· Penyertaan tidak semestinya lengkap menjawab semua soalan. Anda sebaliknya dikehendaki menjawab sebanyak mungkin soalan yang dapat dijawab.
· Penyertaan dikira dengan menghantar buku ini kepada perwakilan-perwakilan mantiqah yang telah dilantik ataupun terus kepada Unit Tarbiyyah dan akademik BKASJ(ikhwah-saudara rafie & akhawat-saudari Nadia bt Ismail).
· Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 JUN 2008. Penyertaan yang lewat tidak akan dilayan kecuali mengikut budi bicara pangarah dengan alasan-alasan yang munasabah.
· Pemenang akan diadili berdasarkan jawapan yang diberikan dan penyertaan yang awal.
· Para pemenang akan diumumkan pada mesyuarat agung tahunan BKASJ yang akan datang ini.
· Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang permohonan tidak akan dilayan.
· Hadiah yang menarik menanti anda.
Anjuran Unit Tarbiyah & Akademik BKASJ