Archive for July 2008

Smile











Let us end this BKASJ 07/08 session with smiles.

p/s: ahli BKASJ dipersilakan untuk take part dlm blog ni dengan memberi komen, etc yg sesuai. Terima kasih.

Keputusan pilihanraya

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu untuk memberikan amanah kepada ahlinya. - Surah An-Nisa' : 58


Maka JPR AGM BKASJ 07/08 telah pun mengumumkan keputusan pilihan raya....:

Ydp : Mohd Rafieuddin Rasdi

MT :
Ahmad Amirul Amin bin Azmi
Abdul Aziz Talderi
Zaid bin Daud


Ydpah : Nor Hazimah Saparwan
MT :
Nur Atiqah Nassir
Nurul Izzah Ibrahim

Pelan ke Kuliah Tarbiyah

Assalamualaikum wbt,
Berikut adalah pelan ke Kuliah Tarbiyah, Univ Yarmouk.

AGM BKASJ ke-13
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Mudaraj Tarbiyah,univ Yarmouk

Diharapkan semua ahli BKASJ dapat memberi kerjasama untuk datang awal ke Mesyuarat nanti.
- Jangan lupa untuk membawa bersama anda, hawiyah univ sebagai syarat untuk mengundi esok


Sekian, terima kasih

Proses pengundian

Peringatan bagi melicinkan Proses Pengundian :

  1. Pengundi diingatkan supaya membawa pengenalan diri (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/008 : 3)
  2. Pengundi hendaklah memastikan mereka mematuhi waktu mengundi yang telah ditetapkan (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 6)
  3. Pengundi mestilah mematuhi semua arahan yang tertera pada borang pengundian (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 13)
  4. Undian mestilah dilakukan dengan menggunakan pensel yang telah disediakan oleh JPR BKASJ 2007/2008.
  5. Lipat borang undian tersebut sebagaimana yang diarahkan oleh Ahli Jawatankuasa pilihanraya (JPR) BKASJ 2007/2008.
  6. Borang undian mestilah dimasukkan dalam peti atau kotak undi yang disediakan.
  7. Pengundi hendaklah segera meninggalkan bilik mengundi selepas selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.
  8. Pengundi dinasihatkan untuk mengambil perhatian dan mematuhi setiap arahan daripada JPR BKASJ 2007/2008.

Undi rosak

  1. Undian yang dibuat oleh bukan Ahli Rasmi atau sekutu BKASJ (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 1)
  2. Borang undi tidak asli (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 5)
  3. Pengundi tidak mengikut arahan di dalam kertas undi (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 13)

i. Kertas undi yang kurang atau melebihi had bilangan pengundian calon yang ditetapkan

ii.Nama calon bagi Yang Dipertua/Naib Yang Dipertua bukan daripada calon yang

dipangkah.

  1. Undian yang dibuat di luar waktu mengundi atau bilik mengundi (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 6)
  2. Pengundi menggunakan selain daripada pensel yang disediakan oleh JPR BKASJ 2007/2008 (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 8)

Pengiraan undi

  1. Pengiraan undi akan dilakukan sebaik sahaja tempoh pengundian tamat.
  2. Hanya Ahli Jawatankuasa (JPR) BKASJ 2007/2008 sahaja yang dibenarkan berada di dalam bilik khas yang ditentukan ketika tempoh pengiraan undi.
  3. Hanya calon yang mendapat undian tertinggi bagi kerusi Yang Dipertua (YDP) dan Naib YDP layak menduduki kerusi tersebut.
  4. 3 orang calon bagi siswa dan 2 orang calon bagi siswi yang mendapat undian tertinggi dikira menang bagi kerusi Ahli Majlis Tertinggi BKASJ.
  5. Sekiranya berlaku seri pada keputusan undian,undian yang seterusnya akan dilakukan oleh pihak JPR (qur’ah)
  6. Keputusan pihak JPR adalah MUKTAMAD.

Tatacara berkempen dan mengundi

PERATURAN DAN TATACARA BERKEMPEN

  1. Tempoh berkempen bagi pilihanraya BKASJ kali ini bermula pada hari Selasa bersamaan 27 Jamadil Akhir 1429H / 1 Julai 2008.
  2. Tempoh tersebut akan berakhir pada 29 Jamadil Akhir 1429H / 3 Julai 2008 pada jam 11.59 malam.
  3. Semua calon yang layak bertanding atau mana-mana wakil calon atau penyokong-penyokong calon pada pilihanraya kali ini hendaklah mematuhi semua peraturan dan tatacara semasa berkempen.
  4. Calon atau mana-mana wakil calon atau penyokong calon tidak dibenarkan sama sekali untuk berkempen dengan cara memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah atau menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan terhadap calon lain.
  5. Mana-mana calon atau wakil calon atau penyokong calon yang melanggar mana-mana daripada peruntukan peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh JPR BKASJ 2007/2008 boleh meyebabkan calon tersebut hilang kelayakan untuk bertanding di dalam pilihanraya BKASJ 2008/2009.
  6. Sebarang kekeliruan atau bantahan terhadap calon lain hendaklah dikemukakan kepada JPR BKASJ (rujuk syarat-syarat penamaan calon) selewat-lewatnya pada hari Rabu bersamaan 28 Jamadil Akhir 1429H / 2 Julai 2008 pada jam 7 malam.
  7. JPR BKASJ 2007/2008 (rujuk syarat-syarat penamaan calon) berhak dan mempunyai kuasa dalam menafsirkan apa jua peraturan dan tatacara yang dikeluarkan dan ditetapkan. Segala keputusan JPR BKASJ 2007/2008 berkenaan dengan perjalanan pilihanraya adalah MUKTAMAD.

PERATURAN DAN TATACARA MENGUNDI

  1. Peraturan hanya sah dilakukan oleh Ahli Rasmi & Ahli Bersekutu Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) sahaja.
  2. Pengundi tidak dibenarkan sama sekali mewakilkan pihak lain untuk mengundi bagi pihak pengundi.
  3. Pengundi hendaklah membawa bersama pengenalan sama ada Kad Pengenalan Diri Jordan

( Iqamah ) atau Kad Matrik Universiti masing-masing semasa melaporkan diri di kaunter JPR untuk mengundi.

  1. Pengundi hendaklah memastikan terlebih dahulu nama mereka tercatat pada Borang Senarai Nama Pengundi yang dikeluarkan oleh JPR BKASJ 2007/2008.
  2. Pengundi hendaklah memastikan meraka menerima borang pengundian asli (tertera cop JPR BKASJ) sebelum melakukan proses pengundian.
  3. Pengundi hendaklah memastikan mereka menepati waktu mengundi yang telah ditetapkan oleh JPR BKASJ 2007/2008.
  4. Pengundi dilarang sama sekali melakukan sebarang kekecohan semasa pilihanraya berlangsung sama ada di luar atau di dalam bilik mengundi.
  5. Pengundi dikehendaki meggunakan pensel yang disediakan oleh JPR BKASJ 2007/2008.
  6. Undian Pos : Mana-mana pengundi yang tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di luar dari Jordan dibenarkan untuk melakukan undian secara pos melalui email : mt_umar@yahoo.com.my.
  7. Undian mestilah dihantar kepada email tersebut selewat-lewatnya pada 29 Jamadil Akhir 1429H /

3 Julai 2008 pada jam 2 petang waktu Jordan.Ini memudahkan pihak JPR melakukan pengiraan setelah tamat waktu mengundi pada Mesyuarat Agung BKASJ 2007/2008.

  1. Pengundian pos adalah tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang sama dengan peraturan dan tatacara pengundian biasa kecuali waktu melakukan pengundian.
  2. Undian adalah sulit.
  3. Setiap undian mestilah mematuhi arahan yang telah ditetapkan sebagaimana yang tertera pada borang pengundian.
  4. Keputusan pilihanraya akan diisytiharkan di dalam Mesyuarat Agung BKASJ 2007/2008 oleh pengarah atau mana-mana Ahli Jawatankuasa yang diberi arahan oleh pengarah untuk melakukan tujuan tersebut.
  5. Mana-mana pengundi yang melanggar mana-mana salah satu daripada Peraturan dan Tatacara Pengundian yang ditetapkan oleh JPR BKASJ 2007/2008 boleh dihalang daripada melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi atau undian mereka dikira tidak sah.
  6. Sebarang keputusan yang dibuat oleh JPR BKASJ 2007/2008 adalah MUKTAMAD.

Calon Layak Bertanding

1. Abd Aziz bin Talderi

2. Ahmad Amirul Amin bin Azmi

3. Basyaruddin Effendy bin Abd Kadir

4. Mohd Zaid bin Daud

5. Muhd Shukri bin Ruslan

6. Muhammad Rafieudin bin Rasdi


Calon siswi

Nor Hazimah Saparwan
Nur Atiqah MOhammad Nasir
Nur Farihah binti Nasri
Nur Izyan Diyana Md Nasir
Nur Izzah Ibrahim