Peringatan bagi melicinkan Proses Pengundian :
- Pengundi diingatkan supaya membawa pengenalan diri (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/008 : 3)
- Pengundi hendaklah memastikan mereka mematuhi waktu mengundi yang telah ditetapkan (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 6)
- Pengundi mestilah mematuhi semua arahan yang tertera pada borang pengundian (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 13)
- Undian mestilah dilakukan dengan menggunakan pensel yang telah disediakan oleh JPR BKASJ 2007/2008.
- Lipat borang undian tersebut sebagaimana yang diarahkan oleh Ahli Jawatankuasa pilihanraya (JPR) BKASJ 2007/2008.
- Borang undian mestilah dimasukkan dalam peti atau kotak undi yang disediakan.
- Pengundi hendaklah segera meninggalkan bilik mengundi selepas selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.
- Pengundi dinasihatkan untuk mengambil perhatian dan mematuhi setiap arahan daripada JPR BKASJ 2007/2008.
Undi rosak
- Undian yang dibuat oleh bukan Ahli Rasmi atau sekutu BKASJ (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 1)
- Borang undi tidak asli (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 5)
- Pengundi tidak mengikut arahan di dalam kertas undi (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 13)
i. Kertas undi yang kurang atau melebihi had bilangan pengundian calon yang ditetapkan
ii.Nama calon bagi Yang Dipertua/Naib Yang Dipertua bukan daripada calon yang
dipangkah.
- Undian yang dibuat di luar waktu mengundi atau bilik mengundi (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 6)
- Pengundi menggunakan selain daripada pensel yang disediakan oleh JPR BKASJ 2007/2008 (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2007/2008 : 8)
Pengiraan undi
- Pengiraan undi akan dilakukan sebaik sahaja tempoh pengundian tamat.
- Hanya Ahli Jawatankuasa (JPR) BKASJ 2007/2008 sahaja yang dibenarkan berada di dalam bilik khas yang ditentukan ketika tempoh pengiraan undi.
- Hanya calon yang mendapat undian tertinggi bagi kerusi Yang Dipertua (YDP) dan Naib YDP layak menduduki kerusi tersebut.
- 3 orang calon bagi siswa dan 2 orang calon bagi siswi yang mendapat undian tertinggi dikira menang bagi kerusi Ahli Majlis Tertinggi BKASJ.
- Sekiranya berlaku seri pada keputusan undian,undian yang seterusnya akan dilakukan oleh pihak JPR (qur’ah)
- Keputusan pihak JPR adalah MUKTAMAD.