Archive for December 2009

JOM PUASA ASYURA..

Biro Tarbiyyah BKASJ menyeru seluruh ahli BKASJ untuk berpuasa Asyura pada tarikh 26 & 27 Disember..

Sape puasa dapat pahala (“,)

Puasa 9 & 10 Muharram

Di antara puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah pada 9 dan 10 Muharram. 10 Muharram (hari ‘asyura yang bermaksud 10) ada nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) dengan Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.


PERISTIWA PENTING DALAM 10 Muharram

Allah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tenteranya serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan keangkuhannya. 10 Muharram adalah tarikh bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel setelah sekian lama ditindas rejim Firaun di bumi Mesir. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. – Surah Yunus, ayat 90

10 Muharram pembunuhan Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid bin Muawiyah

10 Muharram mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,

FADHILAT PUASA ASYURA

Menurut Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah, antaranya

Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud

Daripada Muawiyah bin Abu Sufian bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, Hari ini ialah hari ‘asyura dan tidak diwajibkan ke tas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah manakala barangsiapa yang ingin berbuka, berbukalah.

Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Nabi SAW memasuki Madinah dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘asyura. Baginda bertanya, “Apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik, Allah menyelamatkan di dalamnya Musa dan Babi Israel daripada musuh mereka, lalu Musa berpuasa.” Maka Rasulullah bersabda, “Kami lebih layak terhadap Musa daripada kamu.” Baginda kemudiannya berpuasa dan memerintahkan para sahabat berpuasa. Muttafaq ‘alaih.



TIGA KAEDAH PUASA ASYURA

1. Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram

2. Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram

3. Puasa pada hari ke 10 sahaja


RENUNGAN

Amalan masyarakat Melayu merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program bubur ‘asyura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW.

Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang tidak mempunyai sandaran di dalam agama.

Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersebut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan

Renung-renungkan selamat beramal….

‘Nyawa’ Umno bergantung kepada wang

Kekuatan Umno hanya bergantung kepada kebendaan dan wang ringgit untuk meraih sokongan rakyat, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. Katanya, pemimpin Umno menjadi susah hati sekiranya parti itu tidak mempunyai sumber kewangan.

“(Pemimpin) Umno, nyawa mereka hanya wang. Kalau tidak ada wang, mereka susah,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh di Kampung Gong Merawang, dekat sini, petang semalam.

Ini, katanya berbeza dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang menjadikan agama yang suci itu sebagai 'nyawa' dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para penerima bantuan supaya tidak menjadikan kebendaan sebagai keutamaan dalam kehidupan sebaliknya berbangga dengan nikmat Islam dan iman.

“Nikmat yang paling besar kurniaan Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan iman,” ujarnya.

Justeru, tambahnya walaupun sumbangan yang diterima pada majlis itu tidak seberapa tetapi para penerima hendaklah menyedari bahawa PAS sentiasa prihatin terhadap masyarakat.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MTD Ru Rendang mewakili bapanya selaku Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyampaikan bantuan itu kepada penerima. (Gambar)

Sebanyak 101 keluarga menerima sumbangan pada majlis pertama kali anjuran PAS Cawangan Kampung Baru Ru Muda itu yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan mangsa banjir.

Menurut ketuanya, Haji Abdul Aziz Ngah, pihaknya sebelum ini sering mengadakan aktiviti kebajikan tahunan seperti penyampaian sumbangan hari raya, bantuan persekolahan dan mangsa yang ditimpa musibah.

Katanya, PAS cawangan menyedari masalah yang dihadapi oleh para penduduk yang terdiri daripada nelayan, penoreh getah dan bekerja sendiri yang tidak dapat melakukan aktiviti harian pada musim tengkujuh.

“Bagi meringankan bebanan hidup mereka, yang sudah tentu menyulitkan mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga, maka kami berusaha memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian ini,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para penyumbang yang sentiasa memberikan sokongan bagi menjayakan aktiviti kebajikan PAS cawangan kepada masyarakat setempat.

al-fatihah dan takziah

assalamu'alaikum jmeean..
buat semua warga BKASJ, di sini ada satu berita buat kita..
salah seorang daripada kita saudari hanis najwa, tahun 2, yarmouk university,irbid
telah kehilangan ibunya yang tersayang..

  • marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah dan mendoakan semoga roh ibunya dicucuri rahmat..

AL-fatihah..

insyaAllah, BKASJ akan membuat kutipan derma kilat

pada mantiqah mafraq, amman dan mu'tah buat masa terdekat ini..sebarang sumbangan bolehlah dihulurkan kepada perwakilan masing-masing..


buat warga irbid yang ingin membantu dalam memberi sumbangan bolehlah diberikan kepada
  • syabab: basyaruddin effendy @ abdul razak talderi
  • akhwat : rahmah nasir @ nurul salwani

bersama kita ringankan beban ahli keluarga kita yer..
terima kasih semua..

..daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali..

'signifikasi kemaslahatan interpretasi perpaduan'

Tentatif Program ( TERKINI )

1100- akhawat berkumpul di Simsimah dan Duwwar Qubbah.
-bertolak ke dewan asyeerah az-zu3bi
1230- Tayangan ( akhawat )
1330- Kata-kata Aluan, Ucapan Pengarah, Ucapan Perasmian.
1400- Speakers Corner
1440- Solat Asar & Kuiz
1515- Pengenalan Pimpinan ( BKASJ,BAKSIS,MSSJ )
1545- Persembahan BKAN
1605- I'tibar Tanah Suci.
1615- Slide show
1630- Hadiah & Cabutan Bertuah
1650- Bersurai.




**** syabab akan bertolak selepas solat jumaat. bas

akan tunggu di depan masjid yarmouk bagi syabab.


****akhawat akan solat zuhur di dewan az-zu3bi



****solat asar di dewan az-zu3bi juga bg syabab dan akhawat


***syabab akan solat maghrib di dewan. akhawat akan

pulang sejurus setelah majlis bersurai


Diharapkan semua ahli dapat tepati masa.

Sebarang masalah boleh rujuk kepada:

Muhammad bin Abd Jaafar- 0779669753

Siti Zulaikha Hairuddin-0779974193

Untuk mantiqah Mafraq dan Mu'tah, sila rujuk pada perwakilan anda

Pembayaran Yuran

Assalamualaikum warga BKASJ sekalian...

Siapa belum bayar yuran keahlian lagi??sila angkat tangan....

Ramai lagikan yang belum bayar??

Jadi....

Insyaallah esok, Jumaat, 4 dec 09 bersamaan 17 zulhijjah 1430 akan disediakan kaunter pembayaran yuran dekat pintu masuk dewan al-Farabi..

ahli lama - 1JD
ahli baru - 4JD

maka,jangan lupa bawa duit esok ye kawan2..pesan dekat kawan2 lain gak tau..

Jumpa di sana esok "PENGORBANAN SIGNIFIKASI UKHUWWAH"

-jabatan perbendaharaan BKASJ 09/10-