Biro Tarbiyyah BKASJ menyeru seluruh ahli BKASJ untuk berpuasa Asyura pada tarikh 26 & 27 Disember..
Sape puasa dapat pahala (“,)
Puasa 9 & 10 Muharram
Di antara puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah pada 9 dan 10 Muharram. 10 Muharram (hari ‘asyura yang bermaksud 10) ada nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) dengan Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.
PERISTIWA PENTING DALAM 10 Muharram
Allah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tenteranya serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan keangkuhannya. 10 Muharram adalah tarikh bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel setelah sekian lama ditindas rejim Firaun di bumi Mesir. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. – Surah Yunus, ayat 90
10 Muharram pembunuhan Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid bin Muawiyah
10 Muharram mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,
FADHILAT PUASA ASYURA
Menurut Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah, antaranya
Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud
Daripada Muawiyah bin Abu Sufian bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hari ini ialah hari ‘asyura dan tidak diwajibkan ke tas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah manakala barangsiapa yang ingin berbuka, berbukalah.
Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Nabi SAW memasuki Madinah dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘asyura. Baginda bertanya, “Apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik, Allah menyelamatkan di dalamnya Musa dan Babi Israel daripada musuh mereka, lalu Musa berpuasa.” Maka Rasulullah bersabda, “Kami lebih layak terhadap Musa daripada kamu.” Baginda kemudiannya berpuasa dan memerintahkan para sahabat berpuasa. Muttafaq ‘alaih.
TIGA KAEDAH PUASA ASYURA
1. Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram
2. Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
3. Puasa pada hari ke 10 sahaja
Amalan masyarakat Melayu merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program bubur ‘asyura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW.
Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang tidak mempunyai sandaran di dalam agama.
Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersebut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan
Renung-renungkan selamat beramal….