Pernah anda temui Visi Ehsan sebelum ini?
Penerbitan Majalah Visi Ehsan Bkasj merupakan projek dokumentasi peristiwa, program kebajikan dan aktiviti yang dilalui oleh para ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan. Ia merupakan majalah tahunan bagi ahli-ahli BKASJ dan kandungan majalah adalah melibatkan ahli secara amnya, serta memaparkan segala perkara berkaitan perlaksanaan aktiviti mahupun pengendalian kebajikan para ahli bagi sesi 2010/2011.
Secara tidak langsung ia merupakan satu manifestasi untuk menggariskan hala tuju Bkasj dan menjadi mekanisme bagi memacu pembangunan ahli dalam semua aspek yang disasarkan. Visi ehsan merupakan satu deklarasi yang memperlihatkan sejauh mana kebajikan ahli terlaksana , peningkatan tangungjawab sosial antara mantiqah dan kecekapan pengendalian zakat dermasiswa dan bantuan umum .
Semoga dengan adanya penerbitan majalah ini dapat memangkin ahli Bkasj ke arah pembentukan mahasiswa kelas pertama Timur Tengah secara am dan khususnya di Jordan. Malah segala peristiwa dan aktiviti yang dicatat juga akan menjadi tanda kenangan yang ingin kita kongsikan bersama seluruh warga Bkasj 2010/2011 insyaAllah
- Sidang Redaksi Visi Ehsan mengalu-alukan mana-mana pihak yang bermurah hati menghulurkan sumbangan atau bantuan kewangan untuk penerbitan majalah ini supaya ia mencapai kualiti maksimum
- Sidang Redaksi Visi Ehsan berbesar hati menjemput para ahli menghantar sebarang karya anda(asli) untuk diterbitkan dalam majalah ini ke ve_crews1011@yahoo.com sebelum 10 mac 2010