Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari. "berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran." Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia. "dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan." Jadi, mengapa masih perlu berdoa? Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya. "cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal." Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa? Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya. " dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." Sekiranya kita tidak dapat perkara yang dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan. Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud: "Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.
(surah Al-Baqarah:186)
(surah An-Nahl:19)
(surah At-Taubah:129)
(surah Yunus:12)
Popular
-
Peserta syabab: (JUST) 1. Ahmad Anas Ahmad Asmadi 2. Ahmad Faiz b Azrain 3. Amirun Safwan b Ahmad Shukri 4. ...
-
*Peserta mantiqah lain akan dimaklumkan kemudian PESERTA HARI KELUARGA BKASJ 2011(IRBID) Peserta syabab: (JUST) 1. Abu Bakar b Fa...
-
Biro Ekonomi dan Kebajikan BKASJ 2011/2012, dipetik sebagai berkata, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Untuk makluman semua ahli B...
-
AHLI MAJLIS TERTINGGI PENASIHAT BASYARUDDIN EFFENDY BIN AB KADIR NURUL SALWANI BINTI MAHAMAD NAPIAH YANG DIPERTUA ABDUL RAHMAN BIN MOHD SHA...
-
Imtihan biasanya bertujuan untuk menguji penguasaan ilmu yang dipelajari. Tanpa melihat kepada matlamat belajar setiap orang, yang sepatutny...
-
Setelah bertahun usaha itu dikerah, akhirnya apa yg dinanti untuk dikecapi itu tergenggam jua. ranjau yg diredah, penat lelah susah payah it...
-
Ahli BKASJ mesti memahami tujuan Imtihan dan Ilmu. Imtihan biasanya bertujuan untuk menguji penguasaan ilmu yang dipelajari. Tanpa melihat k...
-
ANGGOTA PENASIHAT BKASJ 2011/2012. BIL NAMA JAWATAN NO TELEFON EMEL 1 MUHAMMAD FAIQ NABIL BIN RAMLI Pengerusi Lembaga Penasihat BKASJ (+9627...
-
Julung-julung kali diadakan di musim sejuk. Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan[BKASJ] akan mengadakan Majlis Ramah Mesra bagi sesi 2011/20...
-
Salam sejahtera buat semua ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan Sukacita dimaklumkan,Unit Ekonomi dan Kebajikan BKASJ ingin melancarkan...
Categories
- AGM (12)
- BKASJ (1)
- BKASJ sana sini (4)
- iklan (2)
- IT Maniac (1)
- Kisah Tauladan (2)
- Makluman (6)
- Perutusan Tahun Baru Islam 1433Hijriah (1)
- politik semasa (1)
- resepi (1)
- Rombongan|Delegasi (2)
- struktur organisasi sesi 09/10 (1)
- struktur organisasi sesi 10/11 (2)
- struktur organisasi sesi 11/12 (1)
- unit ekonomi dan kebajikan (10)
- Unit Pengurusan Zakat BKASJ (9)
- Unit Sukan dan Kebudayaan BKASJ (9)
- Unit Tarbiyah dan Akademik BKASJ (9)



