Archive for April 2009

Mari berteka-teki..

  • Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.

  • Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

jawapan: Buang tebiat

  • Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

jawapan: Pisang goreng

  • Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal... ha...ha...

~Biro Tarbiyyah & Akademik BKASJ 08/09~

Artikel Bulan April Biro Tarbiyyah & Akademik

  • Bagaimanakah Cara Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah?
Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.
Di zaman era globalisasi ini,internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.
  • Benarlah seperti firman Allah taala :

(لئلا يكون للناس على الله حجة بعد الرسل)

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)

Dan firman-Nya:
(وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم سهيدا)
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".

  • Semua ini perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya:
  1. Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
  2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kematianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
  3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.

Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.

Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merealisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi di zaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.

Amin ya rabba al alamin.

Di antara bentuk hiburan yang wajib dijauhi demi kebaikan di dunia dan di akhirat ialah majalah-majalah picisan yang memfokuskan wanita ,seks,nyanyian,artis dan juga sesetengah majalah sukan.Topik perbincangan dalam majalah dan akhbar ini banyak berkisar tentang kisah-kisah cabul,lucah, mendedahkan satu persatu perkara maksiat tersebut dengan nada ingin mengajak pembaca supaya mengikutinya dan membangkitkan nafsu mereka.Bahkan imej wanita yang mencolok mata menjadi bahan pelaris kepada majalah dan akhbar hiburan tadi.

Di antara bahan yang tersebar di kalangan sebahagian pemuda ialah gambar asmara di antara artis.Kita akan dapati gambar tersebut terdapat di dalam bilik,beg,buku pelajaran dan di atas meja mereka.Semua ini merupakan pemandangan kepada yang haram, membangkitkan nafsu syahwat dan menggalakkan suatu perbuatan yang jijik.Bahaya gambar-gambar ini juga antaranya ialah membawa fitnah,khayalan cinta,angan-angan dan kekalahan jiwa.Rasulullah SAW telah bersabda:


المرء مع من أحب

Seseorang itu akan dihimpunkan pada hari kiamat kelak bersama-sama dengan orang yang dicintainya

Di antara bahan hiburan yang berbahaya juga ialah novel-novel cinta dan buku-buku cabul.Penulis-penulisnya yang mendapat habuan lumayan hasil perniagaan tersebut telah menjerat diri kamu dengan memindahkan kamu ke alam khayalan,angan-angan dan kisah-kisah yang meruntun nafsu.Mereka menyibukkan masa lapang dan perasaan kamu supaya kamu sentiasa mengikut arus fitnah dan tenggelam lemas dalam hawa nafsu.

Dan di antara salurannya yang berbahaya juga ialah nyanyian dan muzik yang mana tajuk nyanyian yang berkisar tidak lain hanya satu iaitu percintaan dan asmara.Nyanyian ini telah menjadikan cinta itu kehidupan dan kehidupan itulah cinta.Ia menggambarkan secara terperinci kehangatan pertemuan,keperitan perpisahan,keluhan dan rintihan yang mengganggu ketenangan hati serta merangsang perasaan hawa nafsu.Hal inilah yang menambahkan lagi pengharamannya.

Ada pertanyaan daripada beberapa orang:"Sesungguhnya telah tertutup kepada kami semua saluran hiburan,maka apa yang boleh kami buat?"

Sesungguhnya Islam tidak akan menutup satu pintu masuk kepada perkara yang haram melainkan ia membuka pula sebagai ganti satu pintu masuk kepada perkara yang halal.Islam adalah agama fitrah yang mengetahui bahawa kita semua berhajat kepada kerehatan jiwa dan akal fikiran .Kita juga berhajat kepada hiburan untuk berseronok tetapi dengan mengikut garis panduan dan syarat yang ditetapkan oleh Islam.

Alhamdulillah telah muncul sebagai ganti kepada nyanyian-nyanyian yang melalaikan tadi beberapa nyanyian dan nasyid yang baik ,berguna,membina dan mengingatkan kita kepada Allah tetapi berhajat kepada sokongan,dorongan dan waktu untuk berkembang. Demikian juga di sana ada perkara-perkara lain yang diharuskan kita untuk bergiat di dalamnya.

Adalah adil jika dikatakan bahawa di sana terdapat beberapa saluran hiburan dan rancangan yang boleh kita ikuti tetapi malangnya ia amat sedikit jika di bandingkan dengan arus rancangan-rancangan yang melalaikan dan mempengaruhi hawa nafsu.

~Biro Tarbiyyah & Akademik BKASJ 08/09~

Senarai ahli kumpulan hari keluarga bkasj(syabab)

salam..ni senarai syabab pula....

  • KUMPULAN 1 (KUMPULAN CHEETAH)
  1. Mohd Fakhri
  2. Fakhrul Hadi
  3. Mus'ab
  4. Faisal
  5. Solihin
  6. Anuar rasyid (ketua)
  7. Muhd Jaafar
  8. Musaddeq Khalid
  9. Hilmi arif
  10. Ahmad Shauqi
  • KUMPULAN 2 (KUMPULAN PUMA)
  1. Mohd Syukri
  2. Fakhrul Nizam
  3. Hazwan
  4. Ehsan
  5. Amir
  6. Rafi(ketua)
  7. Aizat Amiruddin
  8. Nubhan
  9. Azri adam
  • KUMPULAN 3 (KUMPULAN KAPPA)
  1. Mohd Alimin
  2. Mohd Khaidir
  3. Ahmad Fakhrurazzi(amman)
  4. Fadhil
  5. Mazlan
  6. Izzat kadiak(ketua)
  7. Afnan Hamimi
  8. Tarmidzi
  9. Zulaizzat
  • KUMPULAN 4 (KUMPULAN ADIDAS)
  1. Abu Bakar
  2. Bukhori
  3. Qudratullah
  4. Hezri(mu'tah)
  5. Syed Ahmad Izzat
  6. Nadzeem(ketua)
  7. Ridhwan Huzairi
  8. Syamil Salmi
  9. Anas Asmadi
  • KUMPULAN 5 (KUMPULAN NIKE)
  1. Ahmad Shahrul
  2. Arif Alaudin
  3. Mohd Siddiq(amman)
  4. Husin
  5. Wan Mohd Izham
  6. Imran
  7. Faiz Hamzah(ketua)
  8. Danial
  9. Rahman Shaary
  • KUMPULAN 6 (KUMPULAN REEBOK)
  1. Abdul Hadi
  2. Mohd Shahrul (amman)
  3. Khairullah
  4. Syafiq(mu'tah)
  5. Sophee
  6. Aziz talderi
  7. Afifudin
  8. Hadi damanhuri(ketua)
  9. Nik Naim

PERHATIAN:SILA BAWA KAIN PENUTUP MATA MASING2 & PERSALINAN UNTUK SOLAT JUMAAT

SILA BERADA DI SIMSIMA TEPAT 6.15 PAGI

Group Family Day BKASJ(akhwat)

salam..berikut disertakan senarai ahli kumpulan masing2 untuk hari keluarga esok..selamat berKELUARGA...




  • KUMPULAN 1 (LIDAH BUAYA)
  1. Annis Athirah binti Ahmad Tarmidzi
  2. Marwah binti Saari
  3. Maryam Sofiyah binti Ahmad Shah
  4. Nabilah binti nazri
  5. Nur aimi binti tammizi
  6. Nur syuhada binti hisham
  7. Nur zuliani binti ramli (ketua)
  8. Nur’atiqah binti mohd ayub
  9. Puteri nor azwa
  10. Putri hanisah binti ahmad nazeri
  11. Shaharina binti shaharuddin
  12. Ummu Salmah binti Abu Bakar
  • KUMPULAN 2 (ULAM RAJA)
  1. Bazilah binti ahmad zaki
  2. Farhanah binti tajurudin
  3. Maniszah binti abu samah
  4. Nazirah binti abd rahman
  5. Nik maryam anisah binti nik mu’tasim
  6. Nor azimah binti nordin
  7. Nur jannah binti roslan
  8. Shaima’ binti mohd parid
  9. Siti natasha binti yazid (ketua)
  10. Siti nor ahiasah binti shafak ahmad
  11. Syahidah binti abdul majid
  • KUMPULAN 3 (KACIP FATIMAH)
  1. Ainun nadhrah binti kamarudin
  2. Fatin adilah binti khairudin
  3. Noor farahiyah binti isa
  4. Norhamizah binti ilias
  5. Nur amalina binti faisal
  6. Nur farihah binti nasri
  7. Nurul asykin binti muhamad noor azlan
  8. Nurul zakiah binti ismail
  9. Qurratu ain allen peter
  10. Siti nor hanisah binti hadis
  11. Siti zulaikha binti zulkifli (ketua)
  12. Sumaiyah binti isamail
  • KUMPULAN 4 (PERIUK KERA)
  1. Fatin akmal binti ahmad jaafar
  2. Ida dayana binti dormudi
  3. Juiliana binti hamzah
  4. Lina farhana binti ramli (ketua)
  5. Nor azah binti mohamad jamil
  6. Norsaadah binti jailani
  7. Nur atiqah binti mohammad nasir
  8. Nur izzah binti md akhir
  9. Nurazzahra binti kamarudin
  10. Siti hajar binti razali
  11. Siti zulaikha binti hairuddin
  12. Syahirah salwa binti md harun
  • KUMPULAN 5 (CEMPAKA PUTIH)
  1. Asma’ binti mohd haslan
  2. Husna madiha binti zainul abidin
  3. Irna muliana binti shahar kumis
  4. Ku siti farhana binti ku mohd noh
  5. Nur faiz binti solehan
  6. Nur izzati binti shaarifuddin
  7. Nurul aliaa binti mohd bokhari
  8. Shafiqah binti saharudin
  9. Siti hajar binti yahaya (ketua)
  10. Siti sarah binti ahmad dardiri
  11. Ummi syuhairah binti abdullah
  12. Wan aina syahidah binti wan abdullah
  • KUMPULAN 6 (PAKIS MERAH)
  1. Hani binti harith
  2. Kauthar binti roslan
  3. Maryam binti suhaimi
  4. Nadia binti ismail
  5. Nor aziah binti mohamad jamil
  6. Nor hafizah binti ahmad shahabuddin
  7. Norhazimah binti saparwan
  8. Norliana binti osman
  9. Norshaheera binti mohamad rais (ketua)
  10. Nur nasuha binti maarif
  11. Nurul ain binti samsuddin
  12. Siti hajar binti dahari

*SILA PEKA TERHADAP SEBARANG PERUBAHAN

* SUDAH BERDAFTAR, TAPI NAMA ANDA TIADA?! SILA MAKLUMKAN KEPADA NADHIRAH 1ST YEAR (requimternam@yahoo.com)



tentatif ringkas hari keluarga BKASJ


  • 6.15 pg = Berkumpul di Hijazi/Duwar qubah

  • 6.30 pg = Bertolak dr lokasi masing2

  • 8.00pg = Majlis Perasmian Pembukaan

  • 8.30 pg = Tazkirah

  • 8.45 pg = Senaman ringan

  • 9.00 pg = Treasure Hunt dan Dibeen Wargame

  • 11.45 pg = Pasukan terakhir sampai di cekpoint terakhir

  • 12.00 tgh = Solat Jumaat dan Rehat

  • 2.00 ptg = Makan tengahari

  • 2.30 ptg = BBQ

  • 4.30 ptg = Makan malam

  • 5.00 ptg = Majlis Penutup dan Penyampaian Cenderahati

  • 6.00 ptg = Bersurai

Informasi tentang permainan Dibeen Wargame

A. Syarat dan Peraturan :


- Satu gelanggang akan memuatkan dua buah pasukan. (cth : A & B)
- setiap pasukan terdiri drpd : - seorg Raja (Raja)
- seorg buta (Si Buta)
- askar-tiada had

  • Tugas Raja:
    - Sbg ketua pasukan
    - Wajib dipertahankan oleh askar2 drpd dibaling dgn belon air. ( pasukan
    tersebut akan dikira kalah jika Raja dibaling dgn belon air oleh pihak lawan dan basah)
    - Sekiranya semua askar dan Si Buta mati, Raja hendaklah
    menggantikan tugas Si Buta dan askar dan menghabiskan semua
    tugasan sehingga tamat. (tetapi, Raja TIDAK akan mnjadi BUTA)
  • Tugas Si Buta :
    - Semua tugasan hanya boleh dilakukan oleh Si Buta SAHAJA
    - Harus dipertahankan oleh askar2 drpd dibaling dgn belon air pihak lawan
    - Sekiranya Si Buta mati ( basah dibaling belon air pihak lawan), peranan Si Buta
    hendaklah diganti oleh mana2 askar yg masih hidup.
  • Tugas Askar :
    - Wajib mempertahankan Raja dan Si Buta drpd terkena Belon Air pihak lawan.
    - Menyerang pihak lawan menggunakan belon air
    - Mempertahankan diri sendiri drpd terkena belon air pihak lawan
    - menggantikan Si Buta jika beliau mati dlm gelanggang dan melaksanakan tugasan
    dlm setiap perhentian sampai tamat. So askar tu AUTOMATIK akn jadi buta gak.

-darurat perang diisytiharkan jika:
- pasukan lawan saling berdepan antara satu sama lain
- salah satu pasukan sedang menyeberangi Sungai Beracun
- pasukan lwn sedang menukar Si Buta dgn askar yg masih hidup



*perhatian: Mana2 individu yg dibaling dgn belon air,ttp belon tersebut tidak pecah, individu tersebut masih dikira hidup dan boleh meneruskan permainan spt biasa. Manakala belon yg tidak pecah itu akan menjadi milik pasukan tersebut.

B. Kaifiyat Permainan


1. Sebelum masuk ke gelanggang, setiap pasukan hendaklah menentukan seorg Raja,seorang
Si Buta, dan selebihnya sbg askar yg melindungi Raja dan Si Buta.


2. Setiap gelanggang akan memuatkan DUA buah pasukan.


3. Setiap pasukan akan dibekalkan dgn 20 biji belon berisi air sbg senjata utk mengalahkan pihak
lawan serta sebuah dulang sbg pertahanan dlm kumpulan drpd serangan pasukan lwn.


4. kedua2 pasukan akan masuk ke dlm gelanggang secara serentak dari arah yg berlainan.


5. Kotak PERTAMA, Si Buta hendaklah mencari duit syiling 1 Qirsh atas tanah dgn bantuan askar
dan raja. Tapi duit syiling tersebut tidak boleh disentuh oleh mana2 individu kecuali Si Buta
SAHAJA. Setelah Berjaya, Si Buta hendaklah menunjukkan syiling tersebut kpd AJK yg bertugas. Setelah selesai, pasukan tersebut bolehlah bergerak ke kotak seterusnya dengan izin AJK tersebut.


6. Kotak KEDUA; dlm kotak ini,akn diletakkan 10 biji tin minuman. Si Buta shj, hendaklah
mengutip tin2 tersebut dan menyusunnya kembali dlm bentuk piramid (4-3-2-1). Setelah selesai, pasukan tersebut bolehlah bergerak ke kotak seterusnya dengan izin AJK tersebut.


7. Kotak KETIGA; (Sungai Beracun). Setelah selesai tugas kedua, Si Buta hendaklah menyeberangi
Sg. Beracun ini terlebih dahulu sblm Raja dan Askar2 lain. Si Buta boleh mendptkn bantuan
dr Raja atau askar utk melintasi sg tersebut. Sekiranya Si Buta terpijak Sg. Beracun tersebut, secara AUTOMATIK, Si Buta akan mati. Peranan beliau akan diganti oleh askar yg masih hidup Setelah Si Buta berada di seberang, giliran Raja dan askar pula utk melintas Sg tersebut. Jika terdapat salah satu drpd askar atau Raja yg terpijak Sg. Beracun itu, pasukan itu akan diminta utk mengulangi semula tugasan Sg. Beracun tersebut secara keseluruhannya. (peringatan: diisytiharkan Darurat Perang semasa mana2 pasukan melintasi Sg. Beracun ini). Setelah selesai, pasukan tersebut bolehlah bergerak ke kotak seterusnya dengan izin AJK tersebut.


8. Kotak KEEMPAT; Si Buta dikehendaki utk mencari sebiji guli dlm kwsn kotak dan memasukkanya
ke dlm lubang di tgh2 kotak. Beliau hendaklah berdiri di luar garisan yg ditetapkan sms hendak memasukkan guli tersebut. Setelah selesai, pasukan tersebut bolehlah bergerak ke kotak seterusnya dengan izin AJK tersebut.


9. Kotak KELIMA; Si Buta dikehendaki menyesuai-padankan kad terup sehingga habis.dgn bantuan
Raja dan Askar. Setelah selesai, pasukan tersebut bolehlah bergerak ke kotak seterusnya dengan izin AJK tersebut.


10. Setelah tamat kesemua tugasan, pasukan pemenang akan meneruskan aktiviti Treasure Hunt.


11. Manakala bg pasukan yg kalah (dgn sebab);
- Raja mati : akan didenda 5 minit
- Tidak sempat menyiapkan tugasan : 3 minit

* peringatan : -setiap tugasan hanya boleh dilakukan jika semua ahli pasukan berada dlm satu kotak
yg sama dgn Si Buta.
-



IKLAN - HARI KELUARGA BKASJ MENJELMA LAGI!



Pesanan penganjur kepada peserta-peserta Hari Keluarga BKASJ:

  • Semua peserta diminta berkumpul di Simsima atau Duwar Qubah(di irbid) pada pukul 6.15pg.
  • Bawa sedikit bekalan air masing2 (jika ada kemungkinan tidak ada air untuk berwudhu' disana nanti).
  • Pemakaian adalah seeloknya berpakaian sukan dan menutup aurat semestinya.
  • Akhir sekali..kepada peserta muslimin & muslimat sekalian, bawalah persalinan solat yang bersesuaian.

p/s= sebarang persoalan penting boleh rujuk terus kepada wakil mantiqah, kalau shout2 kat chatbox mungkin kurang pantas respon yang anda akan perolehi.wassalam...