- Bagaimanakah Cara Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah?
Di zaman era globalisasi ini,internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.
- Benarlah seperti firman Allah taala :
(لئلا يكون للناس على الله حجة بعد الرسل)
Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)
Dan firman-Nya:
(وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم سهيدا)
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).
Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.
Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.
Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".
- Semua ini perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya:
- Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
- Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kematianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
- Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.
Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.
Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.
Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.
Merealisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi di zaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.
Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(hadis riwayat Ahmad)
Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.
Amin ya rabba al alamin.
Di antara bentuk hiburan yang wajib dijauhi demi kebaikan di dunia dan di akhirat ialah majalah-majalah picisan yang memfokuskan wanita ,seks,nyanyian,artis dan juga sesetengah majalah sukan.Topik perbincangan dalam majalah dan akhbar ini banyak berkisar tentang kisah-kisah cabul,lucah, mendedahkan satu persatu perkara maksiat tersebut dengan nada ingin mengajak pembaca supaya mengikutinya dan membangkitkan nafsu mereka.Bahkan imej wanita yang mencolok mata menjadi bahan pelaris kepada majalah dan akhbar hiburan tadi.
Di antara bahan yang tersebar di kalangan sebahagian pemuda ialah gambar asmara di antara artis.Kita akan dapati gambar tersebut terdapat di dalam bilik,beg,buku pelajaran dan di atas meja mereka.Semua ini merupakan pemandangan kepada yang haram, membangkitkan nafsu syahwat dan menggalakkan suatu perbuatan yang jijik.Bahaya gambar-gambar ini juga antaranya ialah membawa fitnah,khayalan cinta,angan-angan dan kekalahan jiwa.Rasulullah SAW telah bersabda:
المرء مع من أحب
Seseorang itu akan dihimpunkan pada hari kiamat kelak bersama-sama dengan orang yang dicintainya
Di antara bahan hiburan yang berbahaya juga ialah novel-novel cinta dan buku-buku cabul.Penulis-penulisnya yang mendapat habuan lumayan hasil perniagaan tersebut telah menjerat diri kamu dengan memindahkan kamu ke alam khayalan,angan-angan dan kisah-kisah yang meruntun nafsu.Mereka menyibukkan masa lapang dan perasaan kamu supaya kamu sentiasa mengikut arus fitnah dan tenggelam lemas dalam hawa nafsu.
Dan di antara salurannya yang berbahaya juga ialah nyanyian dan muzik yang mana tajuk nyanyian yang berkisar tidak lain hanya satu iaitu percintaan dan asmara.Nyanyian ini telah menjadikan cinta itu kehidupan dan kehidupan itulah cinta.Ia menggambarkan secara terperinci kehangatan pertemuan,keperitan perpisahan,keluhan dan rintihan yang mengganggu ketenangan hati serta merangsang perasaan hawa nafsu.Hal inilah yang menambahkan lagi pengharamannya.
Ada pertanyaan daripada beberapa orang:"Sesungguhnya telah tertutup kepada kami semua saluran hiburan,maka apa yang boleh kami buat?"
Sesungguhnya Islam tidak akan menutup satu pintu masuk kepada perkara yang haram melainkan ia membuka pula sebagai ganti satu pintu masuk kepada perkara yang halal.Islam adalah agama fitrah yang mengetahui bahawa kita semua berhajat kepada kerehatan jiwa dan akal fikiran .Kita juga berhajat kepada hiburan untuk berseronok tetapi dengan mengikut garis panduan dan syarat yang ditetapkan oleh Islam.
Alhamdulillah telah muncul sebagai ganti kepada nyanyian-nyanyian yang melalaikan tadi beberapa nyanyian dan nasyid yang baik ,berguna,membina dan mengingatkan kita kepada Allah tetapi berhajat kepada sokongan,dorongan dan waktu untuk berkembang. Demikian juga di sana ada perkara-perkara lain yang diharuskan kita untuk bergiat di dalamnya.
Adalah adil jika dikatakan bahawa di sana terdapat beberapa saluran hiburan dan rancangan yang boleh kita ikuti tetapi malangnya ia amat sedikit jika di bandingkan dengan arus rancangan-rancangan yang melalaikan dan mempengaruhi hawa nafsu.
~Biro Tarbiyyah & Akademik BKASJ 08/09~