Friday, September 18, 2009Mr SyinrayafaNo Comments
Assalamualaikum kepada semua ahli bkasj yang dikasihi.
Di bawah ini disertakan senarai nama pelajar yang mendapat dermasiswa zakat(MAIS) dan bantuan umum zakat.(Sila klik link di bawah untuk melihat senarai nama tersebut)
Kepada nama-nama yang berkenaan sila pastikaan semua maklumat di atas adalah benar. Jika terdapat sebarang kesalahan , maklumat yang tidak lengkap dan mereka yang mendapat bantuan umum tetapi tiada dalam senarai sila maklumkan kepada nama-nama berikut :
Friday, September 11, 2009Mr SyinrayafaNo Comments
SALAM SEJAHTERA dan SELAMAT MENYAMBUT HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN, buat semua ahli BKASJ yang budiman dan disayangi. Apa Khabar? Sukacita dikhabarkan buat teman-teman yang pulang berhari raya di tanah air tercinta Malaysia (khususnya anak-anak Selangor), jangan bersedih, demi menjaga ikatan ukhwah kita bersama, BKASJ tetap akan mengadakan majlis berbuka puasa buat teman-teman yang pulang ke tanah air. Justeru, anda dijemput dengan hormatnya ke Majlis Iftor dan Semai Ukhwah yang akan diadakan ini. Maklumat Lanjut adalah seperti berikut:
TARIKH: 15 SEPTEMBER 2009 (SELASA)
MASA: 5.00 PETANG
TEMPAT: RESTORAN NASI AYAM MANCONGKAM, SEKSYEN 7, SHAH ALAM(BELAKANG UNISEL)
BAYARAN: RM5.00 (sekepala)
Bagi syabab dan akhwat yang berhajat untuk menghadirkan diri, sila hantarkan nama anda kepada Saudara Basyaruddin Efendi di talian 017-3420943 (syabab) atau Saudari Shahidatunnur bt Norazmi di talian 019-3114991untuk memudahkan segala urusan tempahan makanan dan pihak AJK. Datanglah beramai-ramai bagi lagi memeriahkan jalinan ukhwah kita.
3.1.1 -1 : Bintang, menunjukkan ketinggian dan kebesaran agama Islam.
3.1.2 -2 : Bulan Sabit, menunjukkan agama Islam yang sedang dianuti
3.1.3 -3 : Daun Zaitun, menunjukkan lambang kebesaran dan kebanggaan rakyat Jordan.
3.1.4 -4 : BKASJ, bermaksud Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan
3.1.5 -5 : Al-Qur’an, menunjukkan Al-Qur’an sebagai perundangan dan sumber rujukan BKASJ.
3.1.6 -6 : 1996, menunjukkan tahun BKASJ ditubuhkan.
3.1.7 -7 : Bendera negeri Selangor Darul Ehsan.
3.1.8 -8 : Bendera negeri Jordan.
3.1.9 -9 : Selendang, selendang semangat BKASJ.
3.1.10 -10 : Cantuman dua bendera dan kedudukan bintang dan bulan sabit di tengah-tengahnya, menunjukkan BKASJ sentiasa bekerjasama dengan Negara Jordan di atas landasan Islam.
3.1.11 -11 : Kitab yang terbuka, sumber rujukan dan perundangan yang sentiasa digunakan dalam setiap permasalahan.
3.1.12 -12 : Daun Zaitun yang hijau, menunjukkan tunas-tunas yang baru anak-anak Selangor Jordan yang bijak dan pandai mengkonsepkan suasana dalam menimba ilmu suasana dan menimba ilmu pengetahuan di atas muka bumi Syam ini.
3.1.13 -Warna,
Merah: Keberanian dan kegagahan anak-anak Selangor Jordan.
Kuning: Kemuliaan.
Hijau: Agama Islam yang dianuti.
Putih: Kesucian dan kebersihan.
Fasal 4 : Sumber Rujukan
4.1 -Al-Qur’an
4.2 -As-Sunnah
4.3 -Ijma’
4.4 -Qias
Fasal 5 : Alamat
P.O. Box 2, Mu’tah,
61621 Karak,
Jordan.
Fasal 6 : Penaung dan Penasihat
6.1 -Penaung.
6.1.1 -Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan.
6.2 -Penasihat Kehormat.
6.1.1 -Menteri Besar Selangor Darul Ehsan.
6.1.2 -Kedutaan Besar Malaysia Jordan.
6.3 -Lembaga Penasihat
6.1.1 -Dipilih oleh Badan Pentadbir dalam mesyuarat kali pertama setiap sesi baru.
6.1.2 -Hendaklah tidak melebihi empat orang (siswa atau siswi)
6.1.3 -Tempoh Lembaga Penasihat ini berakhir dengan berlangsungnya mesyuarat pertama Badan Pentadbir setiap sesi baru.