MAJLIS IFTOR DAN MESRA UKHWAH



SALAM SEJAHTERA dan SELAMAT MENYAMBUT HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN, buat semua ahli BKASJ yang budiman dan disayangi. Apa Khabar? Sukacita dikhabarkan buat teman-teman yang pulang berhari raya di tanah air tercinta Malaysia (khususnya anak-anak Selangor), jangan bersedih, demi menjaga ikatan ukhwah kita bersama, BKASJ tetap akan mengadakan majlis berbuka puasa buat teman-teman yang pulang ke tanah air. Justeru, anda dijemput dengan hormatnya ke Majlis Iftor dan Semai Ukhwah yang akan diadakan ini. Maklumat Lanjut adalah seperti berikut:


TARIKH: 15 SEPTEMBER 2009 (SELASA)


MASA: 5.00 PETANG



TEMPAT: RESTORAN NASI AYAM MANCONGKAM, SEKSYEN 7,
SHAH ALAM (BELAKANG UNISEL)



BAYARAN: RM5.00 (sekepala)



Bagi syabab dan akhwat yang berhajat untuk menghadirkan diri, sila hantarkan nama anda kepada Saudara Basyaruddin Efendi di talian 017-3420943 (syabab) atau Saudari Shahidatunnur bt Norazmi di talian 019-3114991 untuk memudahkan segala urusan tempahan makanan dan pihak AJK. Datanglah beramai-ramai bagi lagi memeriahkan jalinan ukhwah kita.














"SIGNIFIKASI KEMASLAHATAN INTERPRETASI PERPADUAN"



Leave a Reply