Fasal 1 : Nama
Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ).
Fasal 2 : Bahasa Rasmi
Bahasa Melayu
Fasal 3 : Cogankata dan Logo
Bekerjasama membentuk kesepakatan
3.1 – Tafsiran Logo
3.1.1 - 1 : Bintang, menunjukkan ketinggian dan kebesaran agama Islam.
3.1.2 - 2 : Bulan Sabit, menunjukkan agama Islam yang sedang dianuti
3.1.3 - 3 : Daun Zaitun, menunjukkan lambang kebesaran dan kebanggaan rakyat Jordan.
3.1.4 - 4 : BKASJ, bermaksud Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan
3.1.5 - 5 : Al-Qur’an, menunjukkan Al-Qur’an sebagai perundangan dan sumber rujukan BKASJ.
3.1.6 - 6 : 1996, menunjukkan tahun BKASJ ditubuhkan.
3.1.7 - 7 : Bendera negeri Selangor Darul Ehsan.
3.1.8 - 8 : Bendera negeri Jordan.
3.1.9 - 9 : Selendang, selendang semangat BKASJ.
3.1.10 - 10 : Cantuman dua bendera dan kedudukan bintang dan bulan sabit di tengah-tengahnya, menunjukkan BKASJ sentiasa bekerjasama dengan Negara Jordan di atas landasan Islam.
3.1.11 - 11 : Kitab yang terbuka, sumber rujukan dan perundangan yang sentiasa digunakan dalam setiap permasalahan.
3.1.12 - 12 : Daun Zaitun yang hijau, menunjukkan tunas-tunas yang baru anak-anak Selangor Jordan yang bijak dan pandai mengkonsepkan suasana dalam menimba ilmu suasana dan menimba ilmu pengetahuan di atas muka bumi Syam ini.
3.1.13 - Warna,
Merah : Keberanian dan kegagahan anak-anak Selangor Jordan.
Kuning : Kemuliaan.
Hijau : Agama Islam yang dianuti.
Putih : Kesucian dan kebersihan.
Fasal 4 : Sumber Rujukan
4.1 - Al-Qur’an
4.2 - As-Sunnah
4.3 - Ijma’
4.4 - Qias
Fasal 5 : Alamat
P.O. Box 2, Mu’tah,
61621 Karak,
Jordan.
Fasal 6 : Penaung dan Penasihat
6.1 - Penaung.
6.1.1 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan.
6.2 - Penasihat Kehormat.
6.1.1 - Menteri Besar Selangor Darul Ehsan.
6.1.2 - Kedutaan Besar Malaysia Jordan.
6.3 - Lembaga Penasihat
6.1.1 - Dipilih oleh Badan Pentadbir dalam mesyuarat kali pertama setiap sesi baru.
6.1.2 - Hendaklah tidak melebihi empat orang (siswa atau siswi)
6.1.3 - Tempoh Lembaga Penasihat ini berakhir dengan berlangsungnya mesyuarat pertama Badan Pentadbir setiap sesi baru.