Berita: Februari kedatangan pegawai LZS & JAIS ke Jordan.

Rangka lawatan rasmi.

Pada 19-22 bulan Februari yang lalu, Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ) didatangi pegawai Lembaga Zakat Selangor dan JAIS ke Jordan.

Dalam rangka lawatan delegasi tersebut ke timur tengah bagi memantau perjalanan kebajikan anak-anak selangor yang berada di perantauan.

Kehadiran pegawai Lembaga Zakat Selangor & JAIS ke Jordan dalam siri lawatan kerja mereka ke Timur Tengah disambut mesra oleh Yang Di Pertua Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan, Ustaz Mohamed Khiedier Abd Wahab(ini). Beliau turut serta bersama pimpinan BKASJ yang lain mengadakan roadshow ke Mantiqah Irbid, Amman, Mu'tah dan Mafraq.

 Pegawai yang hadir iaitulah:


(1)Hj Abdul Samad B Ibrahim. [ LZS ]
(2)En Muhamad Asmadi B Mustakim. [ BPI - JAIS ]
(3)En Mohd Hafidul Hairi B Abd. Ghafur. [ BPI - JAIS ]


Pegawai yang hadir menzahirkan rasa gembira dan berharap, ahli BKASJ memberi komitmen yang tinggi dengan segala program yang dianjurkan oleh Persatuan anak selangor ini. 

Selain itu, mengharapkan anak-anak selangor di perantauan menjaga nama baik negeri selangor serta meningkatkan penguasaan bahasa arab dan menjadi penuntut ilmu yang berjaya dari sudut akademik dan persatuan.

Lain pula cerita di mantiqah Mafraq, laman web rasmi Al Albayt University merakamkan jutaan terima kasih kerana delegasi yang datang menjalinkan berkerjasama dengan universti itu(berita di sini).



Sekitar roadshow ke Mantiqah Mu'tah.



Leave a Reply