[Unit Zakat BKASJ]
Tiga makluman penting ingin disampaikan.
(1) PERHATIAN: PENERIMA DERMASISWA.
Pihak kami masih sedang mengumpul muaddal daripada anda semua. Ayuh segera menghantarnya kepada kami agar lebih cepat kami dapat hantar kepada JAIS.
Dan terima kasih serta tahniah kepada yang telah menghantar awal. Namun dukacita kami maklumkan, kami perlu menghantar keseluruhan muaddal kepada JAIS.
Jadi, setakat ini, masih ada yang belum menghantar muaddal. Sedaya upaya kami untuk cuba mendapatkan kesemuanya .
Tiadalah tarikh tetap yang dapat kami janjikan, kerana kami telah menghantar data mengikut waktu yang diminta.
Insya allah, sama-sama kita doa dipermudahkan urusan kemasukan.
(2) PERHATIAN: PEMOHON BARU BUP 2012 .
Kebanyakan dokumen-dokumen anda kurang lengkap. Dan pihak JAIS menyatakan mereka telah menghantar surat dan juga menghubungi ibu bapa/waris/wakil anda untuk melengkapkan dokumen2 lain yang perlu.
Maka dengan itu, mohon kerjasama anda untuk menyampaikan pesanan kepada ibu bapa/wakil/waris anda untuk segera membuat penyerahan kepada pihak JAIS.
Lebih segera penyerahan dokumen, lebih memudahkan proses pengesahan permohonan anda . Insya allah.
(3) Perhatian: Penerima BUP 2011.
Seperti yang telah dimaklum oleh delegasi Lembaga Zakat Selangor & JAIS, anda bakal menerima sumbangan khas ( lebihan zakat bernilai RM 5 ribu ). Maka anda boleh menuntut cek berkenaan di Pejabat Kewangan LZS.
Manakala kemasukan untuk 2012, samada PENERIMA LAMA mahupun PEMOHON BARU, proses masih sedang dijalankan. Akan kami maklumkan sebarang berita daripada pihak JAIS .
Sekian memaklumkan.
Sebarang maklumat boleh dirujuk cepat di Laman facebook rasmi Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ).
Unit Zakat Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ).