Akhlak Dalam Islam

.Di mana-mana sahaja kita berada, apa yang menjadi titik rujukan utama oleh orang lain ntuk menilai diri kita adalah Ethos. Ethos begitu penting sehingakan ada perumpamaan yang menyebut bahawa orang yang berEthos itu umpama benih yang baik. Campaklah ke mana-mana pun, benih itu tetap kan tumbuh subur menjadi pokok tidak kira di mana berada.

Das Ethos Der Moslems. Akhlak muslim. Ethos(ethics) bererti moral atau akhlak. Sengaja mengambil nama dari Bahasa Jerman, bukan untuk mengagungkan jauh sekali berbangga dengan bahasa asing, tetapi untuk menarik perhatian pembaca supaya memahami dan meneliti isi yang ingin disampaikan dalam risalah buku bertajuk `khuluq` atau `ethos` ini. Lumrah manusia sukakan kelainan. Suatu yang lain mudah menangkap perhatian berbanding sesuatu yang biasa. Jika anda tidak percaya, perhatikan, risalah buku ini akan dipanggil dengan nama `ethos` atau `Khuluq`.

Manusia fitrahnya lupa. Oleh itu, kita perlukan orang sekeliling untuk mengingatkan kita perkara-perkara yang kita sudah tahu (sebenarnya) tetapi tidak kita laksanakan. `Tazkirah` sendiri maksudnya perkara yang diulang-ulang. Perkara yang diulang-ulang lama-kelamaan akan menjadi perkara yang `biasa`. Perkara-perkara yang berulang-ulang dan perkara yang kita sudah tahu adalah perkara yang biasa. Alangkah ruginya kita jika perkara yang sudah biasa pada pendengaran kita (namun sebenarnya berguna), langsung tidak kita amalkan bahkan menutup telinga dek perasaan jemu yang menyelubungi diri.

Semoga ehwal akhlak seperti yang terkandung dalam risalah ini bukanlah sesuatu yang `biasa` yang akan diketepikan, tetapi sesuatu yang `biasa` yang sentiasa diperbaharui agar akhlak Muslim kekal cantik sepanjang zaman.

Jika akhlak suatu bangsa,
Indah dan baik budi bahasa,
Selamat umatnya seluruh nusa,
Menjadi bangsa kuat perkasa.

Tetapi jika budipekerti,
Rosak di luar rosak di hati,
Pasti umatnya hancur dan mati,
Demikian balasan Rabbul Izzati.

Asas-asas akhlak Islam

Lima perkara dalam rukun Islam itu sendiri adalah asas kepada akhlak Islam. Mudahnya berakhlak dengan akhlak Islam, hanya dengan lima rukun itu sahaja? Namun adakah kita melaksanakannya dengan sebenar-benar pelaksanaan? Mari kita perhatikan kembali; Mengucap dua kalimah syahadah; solat lima waktu;menunaikan zakat; berpuasa; haji. Seharusnya pabila sempurna rukun ini, sempurnalah juga akhlak kita. Mari kita sama-sama muhasabah diri sebelum tiba jawapannya di keluaran seterusnya..

Leave a Reply