Disc Cleanup

Penggunaan PC(personal computer) di kalangan mahasiswa Malaysia Jordan ini dilihat sebagai satu kemestian. Kalau kat Malaysia tu ada kempen ‘satu rumah satu komputer’, tapi rasanya kat Jordan ni dah macam ‘satu orang satu komputer’. Jadi bila dah ada PC ni, kenalah pandai jaga. Lagi-lagi yang guna laptop. Laptop sangat sensitif berbanding PC. PC/laptop mestilah selalu diselenggara supaya boleh berfungsi pada tahap yang optimum. Ada dua system maintenance (istilah BI tidak akan dialih bahasa untuk kesenangan dan keselesaan membaca) yang mudah dan dikira perlu dilakukan dengan agak kerap.

Disk Cleanup

Kenapa perlu Disk Cleanup?

  • Membuang fail sejarah penggunaan internet (temporary internet files)
  • Membersihkan Recycle Bin
  • Membuang fail-fail/komponen dalam Windows yang tidak diperlukan
  • Membuang semua komponen-komponen semasa install.

Bagaimana caranya melakukan Disk Cleanup?

  1. Klik pada Start > All Programs.
  2. Teruskan ke Accessories > System Tools > Disk Cleanup.
  3. Pilih bahagian yang ingin dilakukan Disk Cleanup (C: atau D:, juga boleh untuk external hard disk) dan klik OK.

Melakukan Disk Cleanup akan menyebabkan PC menjadi semakin laju dari biasa kerana fail-fail yang tidak diperlukan telah dibersihkan. Kekerapan dalam seminggu sekali.

Disk Defragmenter

Kenapa perlu Disk Defragmenter?

  • Menyusun semula fail-fail yang ada dalam disk

Bagaimana caranya melakukan Disk Defragmenter?

  1. Klik pada Start > All Programs.
  2. Teruskan ke Accessories > System Tools > Disk Defragmenter.
  3. Pilih bahagian yang ingin di’Defrag’kan (C: atau D:, juga boleh untuk external hard disk) dan klik Deframent. (*Hard disk/partition perlu sekurang-kurangnya 15% kosong untuk program ini berjalan)

Disk Defragmenter tidak perlu dilakukan sekerap Disk Cleanup. Dalam sebulan sekali dah cukup. Waktu program ini berjalan, tak boleh kacau-kacau. Jadi seelok-eloknya buatlaa waktu nak tidur supaya tangan takde laa menggatal. Pentingnya Disk Defragmenter ini kepada pengguna yang gemar install-uninstall games/software. Ia dapat mempercepatkan prestasi PC.


Leave a Reply