Archive for 2009

JOM PUASA ASYURA..

Biro Tarbiyyah BKASJ menyeru seluruh ahli BKASJ untuk berpuasa Asyura pada tarikh 26 & 27 Disember..

Sape puasa dapat pahala (“,)

Puasa 9 & 10 Muharram

Di antara puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah pada 9 dan 10 Muharram. 10 Muharram (hari ‘asyura yang bermaksud 10) ada nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) dengan Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.


PERISTIWA PENTING DALAM 10 Muharram

Allah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tenteranya serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan keangkuhannya. 10 Muharram adalah tarikh bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel setelah sekian lama ditindas rejim Firaun di bumi Mesir. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. – Surah Yunus, ayat 90

10 Muharram pembunuhan Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid bin Muawiyah

10 Muharram mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,

FADHILAT PUASA ASYURA

Menurut Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah, antaranya

Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud

Daripada Muawiyah bin Abu Sufian bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, Hari ini ialah hari ‘asyura dan tidak diwajibkan ke tas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah manakala barangsiapa yang ingin berbuka, berbukalah.

Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Nabi SAW memasuki Madinah dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘asyura. Baginda bertanya, “Apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik, Allah menyelamatkan di dalamnya Musa dan Babi Israel daripada musuh mereka, lalu Musa berpuasa.” Maka Rasulullah bersabda, “Kami lebih layak terhadap Musa daripada kamu.” Baginda kemudiannya berpuasa dan memerintahkan para sahabat berpuasa. Muttafaq ‘alaih.



TIGA KAEDAH PUASA ASYURA

1. Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram

2. Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram

3. Puasa pada hari ke 10 sahaja


RENUNGAN

Amalan masyarakat Melayu merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program bubur ‘asyura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW.

Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang tidak mempunyai sandaran di dalam agama.

Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersebut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan

Renung-renungkan selamat beramal….

‘Nyawa’ Umno bergantung kepada wang

Kekuatan Umno hanya bergantung kepada kebendaan dan wang ringgit untuk meraih sokongan rakyat, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. Katanya, pemimpin Umno menjadi susah hati sekiranya parti itu tidak mempunyai sumber kewangan.

“(Pemimpin) Umno, nyawa mereka hanya wang. Kalau tidak ada wang, mereka susah,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh di Kampung Gong Merawang, dekat sini, petang semalam.

Ini, katanya berbeza dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang menjadikan agama yang suci itu sebagai 'nyawa' dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para penerima bantuan supaya tidak menjadikan kebendaan sebagai keutamaan dalam kehidupan sebaliknya berbangga dengan nikmat Islam dan iman.

“Nikmat yang paling besar kurniaan Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan iman,” ujarnya.

Justeru, tambahnya walaupun sumbangan yang diterima pada majlis itu tidak seberapa tetapi para penerima hendaklah menyedari bahawa PAS sentiasa prihatin terhadap masyarakat.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MTD Ru Rendang mewakili bapanya selaku Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyampaikan bantuan itu kepada penerima. (Gambar)

Sebanyak 101 keluarga menerima sumbangan pada majlis pertama kali anjuran PAS Cawangan Kampung Baru Ru Muda itu yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan mangsa banjir.

Menurut ketuanya, Haji Abdul Aziz Ngah, pihaknya sebelum ini sering mengadakan aktiviti kebajikan tahunan seperti penyampaian sumbangan hari raya, bantuan persekolahan dan mangsa yang ditimpa musibah.

Katanya, PAS cawangan menyedari masalah yang dihadapi oleh para penduduk yang terdiri daripada nelayan, penoreh getah dan bekerja sendiri yang tidak dapat melakukan aktiviti harian pada musim tengkujuh.

“Bagi meringankan bebanan hidup mereka, yang sudah tentu menyulitkan mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga, maka kami berusaha memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian ini,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para penyumbang yang sentiasa memberikan sokongan bagi menjayakan aktiviti kebajikan PAS cawangan kepada masyarakat setempat.

al-fatihah dan takziah

assalamu'alaikum jmeean..
buat semua warga BKASJ, di sini ada satu berita buat kita..
salah seorang daripada kita saudari hanis najwa, tahun 2, yarmouk university,irbid
telah kehilangan ibunya yang tersayang..

  • marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah dan mendoakan semoga roh ibunya dicucuri rahmat..

AL-fatihah..

insyaAllah, BKASJ akan membuat kutipan derma kilat

pada mantiqah mafraq, amman dan mu'tah buat masa terdekat ini..sebarang sumbangan bolehlah dihulurkan kepada perwakilan masing-masing..


buat warga irbid yang ingin membantu dalam memberi sumbangan bolehlah diberikan kepada
  • syabab: basyaruddin effendy @ abdul razak talderi
  • akhwat : rahmah nasir @ nurul salwani

bersama kita ringankan beban ahli keluarga kita yer..
terima kasih semua..

..daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali..

'signifikasi kemaslahatan interpretasi perpaduan'

Tentatif Program ( TERKINI )

1100- akhawat berkumpul di Simsimah dan Duwwar Qubbah.
-bertolak ke dewan asyeerah az-zu3bi
1230- Tayangan ( akhawat )
1330- Kata-kata Aluan, Ucapan Pengarah, Ucapan Perasmian.
1400- Speakers Corner
1440- Solat Asar & Kuiz
1515- Pengenalan Pimpinan ( BKASJ,BAKSIS,MSSJ )
1545- Persembahan BKAN
1605- I'tibar Tanah Suci.
1615- Slide show
1630- Hadiah & Cabutan Bertuah
1650- Bersurai.




**** syabab akan bertolak selepas solat jumaat. bas

akan tunggu di depan masjid yarmouk bagi syabab.


****akhawat akan solat zuhur di dewan az-zu3bi



****solat asar di dewan az-zu3bi juga bg syabab dan akhawat


***syabab akan solat maghrib di dewan. akhawat akan

pulang sejurus setelah majlis bersurai


Diharapkan semua ahli dapat tepati masa.

Sebarang masalah boleh rujuk kepada:

Muhammad bin Abd Jaafar- 0779669753

Siti Zulaikha Hairuddin-0779974193

Untuk mantiqah Mafraq dan Mu'tah, sila rujuk pada perwakilan anda

Pembayaran Yuran

Assalamualaikum warga BKASJ sekalian...

Siapa belum bayar yuran keahlian lagi??sila angkat tangan....

Ramai lagikan yang belum bayar??

Jadi....

Insyaallah esok, Jumaat, 4 dec 09 bersamaan 17 zulhijjah 1430 akan disediakan kaunter pembayaran yuran dekat pintu masuk dewan al-Farabi..

ahli lama - 1JD
ahli baru - 4JD

maka,jangan lupa bawa duit esok ye kawan2..pesan dekat kawan2 lain gak tau..

Jumpa di sana esok "PENGORBANAN SIGNIFIKASI UKHUWWAH"

-jabatan perbendaharaan BKASJ 09/10-

Pengorbanan Signifikasi Ukhuwwah(TERKINI)

Sambutan Hari Raya Aidiladha
BKASJ 2009
dengan kerjasama BAKSIS dan MSSJ

"Pengorbanan Signifikasi Ukhuwwah"

Tarikh : 4 Disember 2009 ( Jumaat )

Tempat : Dewan Asyeerah Az-Zu3bi,berdekatan duwwar

mujammak(dekat dengan mujammak amman jadid)

Masa : 1100 pg - 1650 petang

Antara aktiviti-aktiviti menarik pada hari tersebut:

Slot Bersama Pimpinan, Cabutan Bertuah, Speakers Corner,

Kuiz Yang Arif, serta Persembahan yang menarik menanti anda.

Jadi, apa tunggu lagi? Semua ahli BKASJ dijemput untuk hadir!

Ayuh pakat-pakat kita meriahkan program Adha kita pada tahun ini!

Jumpa di sana! ^_____^

HARI RAYA AIDILADHA 1430H

salamullahi'alaikum semua!!~
buat warga BKASJ semua..
kami AMT dan AME BKASJ 2009/2010 ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1430H

kullu 3am wa ntum b5eir..enshaAllah..
kullu sanah w ntum 6aiyyibeen~

cubalah memahami erti pengorbanan sebenar nabi ibrahin dan nabi ismail yer BKASJians semua!!~ semoga kita beroleh manfaat semua kepada sesiapa yg membuat ibadah korban
ikhlaskan niat..
doakan kawan-kawan kita yg menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
insyaAllah pulang dengan haji mabrur
.. :D



untuk semua warga bkasj...nantikan program sulung pengenalan sesi baru pentadbiran pada tahun ini..
insyaAllah..doakan kami yg terbaik buat semua~

Assalamualaikum wbt..

Perhatian kepada semua PELAJAR DERMASISWA MAIS yang belum mendapat duit dermasiswa, sila maklumkan kepada UNIT ZAKAT BKASJ (Abdul Rahman bin Mohd Sha'ary-0776515082 atau Siti Fatimah Bt Hamidon-0779839024) dengan segera, sebelum hari ISNIN(16/11/2009)..Sekian terima kasih.Wassalam.

Tawaran hebat kepada semua ahli BKASJ

Assalamualaikum w.b.t.
Tawaran hebat kepada semua ahli BKASJ ..
Inginkan sesuatu????Ingin merasa masakan nusantara???
Kehabisan stok dari Malaysia???
Kami dari unit jualan berbesar hati untuk menjual barang-barang ini kepada anda...



BIL

BARANG

HARGA

1.

Agar-agar

0.75 JD

2.

Asam keping

0.30 JD

3.

Bunga lawang

0.50 JD

4.

Sup tulang

0.30 JD

5.

Perencah nasi goreng

0.25 JD

6.

Keropok ikan

0.60 JD


Sila hubungi wakil kami yang berikut untuk sebarang pertanyaan atau tempahan :

Amman

· Hazwan Wan Omar 0779602628

Muktah

· Muhd Izani Abdullah 0776493124

· Sharifah Nawwar binti Syed Mustafa 0776646123

· Wan Hanisah binti Wan Din 0777605720

Irbid

· Mohamad Hilmi Arif 0779669728

· Nurul Salwani Mahamad Napiah 0779839025

· Nur Amalina binti Fairuz 0779187683

Mafraq

· Abdul Hadi 0777696089

· Wan Aina Syahida binti Abdullah 0779693167

Sekian,terima kasih...

DERMA KILAT BKASJ

Assalamualaikum w.b.t.

Perhatian kepada semua warga BKASJ yang dikasihi, disini ada berita sedih untuk dikongsi bersama..Untuk makluman semua,salah seorang ahli BKASJ, SAIFUL SYAFIZAN BIN SARIP , pelajar yarmuk,tahun 3, telah diuji dengan dugaan yang besar.Keluarganya telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya dan salah seorang adiknya telah kembali ke rahmatullah. Oleh yang demikian, kami akan mengadakan kutipan derma kilat atas musibah yang menimpa beliau dan keluarga.Moga perjalanan beliau untuk pulang ke Malaysia dipermudakan Allah.Tambahan, derma kilat juga akan dikutip untuk seorang lagi ahli
BKASJ, iaitu MOHD ZAID BIN DAUD yang telah kehilangan bapa kandungnya baru-baru ini.

Anda boleh sumbangkan sumbangan anda kepada wakil-wakil berikut;
Amman : Hazwan Wan Omar 0779602628
Muktah : Muhd Izani Abdullah 0776493124 Sharifah Nawwar binti Syed Mustafa 0776646123 Wan Hanisah binti Wan Din 0777605720
Irbid : Mohamad Hilmi Arif 0779669728 Nurul Salwani Mahamad Napiah 0779839025 Nur Amalina binti Fairuz 0779187683
Mafraq : Abdul Hadi 0777696089 Wan Aina Syahida binti Abdullah 0779693167

Nasihat Imam Syafiee dalam mencari sahabat...

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.

Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Rosaknya keperibadian seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

Menghormati orang lain

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Menghadapi musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.

Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

Tipu daya manusia

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Tempat menggantungkan harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

Menjaga nama baik

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikaan dosa2 terbayang di ruang mata..

PERHATIAN

Assalamualaikum w.b.t.

Perhatian kepada pelajar-pelajar yang mendapat dermasiswa MAIS dan bantuan umum zakat. Tarikh akhir untuk menghantar muaddal tarakumi anda adalah pada :
TARIKH : 16 OKTOBER 2009
HARI : SABTU

Kerjasama dari pihak anda amatlah kami harapkan untuk memudahkan urusan kemasukan duit zakat yang akan datang. Sekian, terima kasih.

SENARAI NAMA DERMASISWA & BANTUAN UMUM ZAKAT

Assalamualaikum kepada semua ahli bkasj yang dikasihi.


Di bawah ini disertakan senarai nama pelajar yang mendapat dermasiswa zakat(MAIS) dan bantuan umum zakat. (Sila klik link di bawah untuk melihat senarai nama tersebut)




Kepada nama-nama yang berkenaan sila pastikaan semua maklumat di atas adalah benar. Jika terdapat sebarang kesalahan , maklumat yang tidak lengkap dan mereka yang mendapat bantuan umum tetapi tiada dalam senarai sila maklumkan kepada nama-nama berikut :



Mohd Shahrul bin Shahrom (0777227403)
Abdul Rahman bin Mohd Sha'ary (+60139120854)
Siti Fatimah binti Hamidon (0779839024)

































MAJLIS IFTOR DAN MESRA UKHWAH



SALAM SEJAHTERA dan SELAMAT MENYAMBUT HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN, buat semua ahli BKASJ yang budiman dan disayangi. Apa Khabar? Sukacita dikhabarkan buat teman-teman yang pulang berhari raya di tanah air tercinta Malaysia (khususnya anak-anak Selangor), jangan bersedih, demi menjaga ikatan ukhwah kita bersama, BKASJ tetap akan mengadakan majlis berbuka puasa buat teman-teman yang pulang ke tanah air. Justeru, anda dijemput dengan hormatnya ke Majlis Iftor dan Semai Ukhwah yang akan diadakan ini. Maklumat Lanjut adalah seperti berikut:


TARIKH: 15 SEPTEMBER 2009 (SELASA)


MASA: 5.00 PETANG



TEMPAT: RESTORAN NASI AYAM MANCONGKAM, SEKSYEN 7,
SHAH ALAM (BELAKANG UNISEL)



BAYARAN: RM5.00 (sekepala)



Bagi syabab dan akhwat yang berhajat untuk menghadirkan diri, sila hantarkan nama anda kepada Saudara Basyaruddin Efendi di talian 017-3420943 (syabab) atau Saudari Shahidatunnur bt Norazmi di talian 019-3114991 untuk memudahkan segala urusan tempahan makanan dan pihak AJK. Datanglah beramai-ramai bagi lagi memeriahkan jalinan ukhwah kita.














"SIGNIFIKASI KEMASLAHATAN INTERPRETASI PERPADUAN"



PROFIL BKASJ



Fasal 1 : Nama

Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ).

Fasal 2 : Bahasa Rasmi

Bahasa Melayu

Fasal 3 : Cogankata dan Logo

Bekerjasama membentuk kesepakatan







3.1 – Tafsiran Logo



3.1.1 - 1 : Bintang, menunjukkan ketinggian dan kebesaran agama Islam.

3.1.2 - 2 : Bulan Sabit, menunjukkan agama Islam yang sedang dianuti

3.1.3 - 3 : Daun Zaitun, menunjukkan lambang kebesaran dan kebanggaan rakyat Jordan.

3.1.4 - 4 : BKASJ, bermaksud Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan

3.1.5 - 5 : Al-Qur’an, menunjukkan Al-Qur’an sebagai perundangan dan sumber rujukan BKASJ.

3.1.6 - 6 : 1996, menunjukkan tahun BKASJ ditubuhkan.

3.1.7 - 7 : Bendera negeri Selangor Darul Ehsan.

3.1.8 - 8 : Bendera negeri Jordan.

3.1.9 - 9 : Selendang, selendang semangat BKASJ.

3.1.10 - 10 : Cantuman dua bendera dan kedudukan bintang dan bulan sabit di tengah-tengahnya, menunjukkan BKASJ sentiasa bekerjasama dengan Negara Jordan di atas landasan Islam.

3.1.11 - 11 : Kitab yang terbuka, sumber rujukan dan perundangan yang sentiasa digunakan dalam setiap permasalahan.

3.1.12 - 12 : Daun Zaitun yang hijau, menunjukkan tunas-tunas yang baru anak-anak Selangor Jordan yang bijak dan pandai mengkonsepkan suasana dalam menimba ilmu suasana dan menimba ilmu pengetahuan di atas muka bumi Syam ini.

3.1.13 - Warna,

Merah : Keberanian dan kegagahan anak-anak Selangor Jordan.

Kuning : Kemuliaan.

Hijau : Agama Islam yang dianuti.

Putih : Kesucian dan kebersihan.

Fasal 4 : Sumber Rujukan

4.1 - Al-Qur’an

4.2 - As-Sunnah

4.3 - Ijma’

4.4 - Qias

Fasal 5 : Alamat

P.O. Box 2, Mu’tah,

61621 Karak,

Jordan.

Fasal 6 : Penaung dan Penasihat

6.1 - Penaung.

6.1.1 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan.

6.2 - Penasihat Kehormat.

6.1.1 - Menteri Besar Selangor Darul Ehsan.

6.1.2 - Kedutaan Besar Malaysia Jordan.

6.3 - Lembaga Penasihat

6.1.1 - Dipilih oleh Badan Pentadbir dalam mesyuarat kali pertama setiap sesi baru.

6.1.2 - Hendaklah tidak melebihi empat orang (siswa atau siswi)

6.1.3 - Tempoh Lembaga Penasihat ini berakhir dengan berlangsungnya mesyuarat pertama Badan Pentadbir setiap sesi baru.