Archive for July 2010

KEPUTUSAN PILIHANRAYA BKASJ 2010/2011

Firman Allah swt :

Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙŠَØ£ْÙ…ُرُÙƒُÙ…ْ Ø£َÙ†ْ تُؤَدُّوا الْØ£َÙ…َانَاتِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ Ø£َÙ‡ْÙ„ِÙ‡َا

Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu untuk memberikan amanah kepada ahlinya. - Surah An-Nisa' :58


Berikut adalah keputusan pilihanraya BKASJ sesi 2010/2011 yang diadakan pada 10 Julai 2010 di Kuliyah Tarbiah, Universiti Yarmouk:

Kerusi Yang Dipertua : Abdul Rahman bin Mohd Sha'ary

Kerusi Naib Yang Dipertua : Nur Izzah binti Md Akhir

Ahli Majlis Tertinggi (Siswa) :
Abdul Razak bin Talderi
Mohamed Khiedier bin Abdul Wahab
Mohammad Faiq Nabil bin Ramli

Ahli Majlis Tertinggi (Siswi) :
Kauthar binti Ruslan
Ummi Syuhairah binti Abdullah

AGM 15

 
Posted by Picasa

Tentatif Akhir AGM 15

 
Posted by Picasa

PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI...

Peringatan bagi melicinkan Proses Pengundian:

1. Pengundi diingatkan supaya membawa pengenalan diri ( Peraturan dan Tatacara Mengundi Pilihanraya BKASJ 2010/2011 : 3)

2. Pengundi hendaklah memastikan mereka mematuhi waktu mengundi yang telah ditetapkan ( Peraturan dan Tatacara Mengundi Pilihanraya BKASJ 2010/2011 : 6 )

3. Pengundi mestilah mematuhi semua arahan yang tertera pada borang pengundian ( Peraturan dan Tatacara Mengundi Pilihanraya BKASJ 2010/2011 : 13 )

4. Undian mestilah dilakukan dengan menggunakan pensel yang telah disediakan oleh JPR BKASJ 2010/2011.

5. Lipat Borang undian tersebut sebagaimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa JPR BKASJ 2010.

6. Borang Pengundian mestilah dimasukkan dalam peti undi yang disediakan.

7. Pengundi hendaklah segera meninggalkan bilik mengundi selepas selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

8. Pengundi dinasihatkan untuk mengambil perhatian dan mematuhi setiap arahan daripada JPR BKASJ 2010/2011.


Undi rosak

1. Undian yang dibuat oleh bukan Ahli Rasmi atau ahli sekutu BKASJ (Peraturan dan Tatacara Mengundi Pilihanraya BKASJ 2010/2011 : 1)

2. Borang undi tidak asli (Peraturan dan Tatacara Mengundi Pilihanraya BKASJ 2010/2011 : 5)

3. Pengundi tidak mengikut arahan di dalam kertas undi. (Peraturan dan Tatacara Mengundi Pilihanraya BKASJ 2010/2011 : 13)


3.1 Kertas undi yang kurang atau melebihi had bilangan pengundian calon yang ditetapkan.
3.2 Nama calon bagi Yang Dipertua/Naib Yang Dipertua bukan daripada calon yang dipangkah.

4. Undian yang dibuat di luar waktu mengundi atau bilik mengundi.( Peraturan dan Tatacara Mengundi Pilihanraya BKASJ 2010/2011: 6)

5. Pengundi menggunakan selain daripada pensel yang disediakan oleh JPR BKASJ 2010/2011. (Peraturan dan Tatacara Pengundian BKASJ 2006 : 8)


Pengiraan undi

1. Pengiraan undi akan dilakukan sebaik sahaja tempoh pengundian tamat

2. Hanya Ahli JPR sahaja yang dibenarkan berada di dalam bilik khas yang ditentukan ketika tempoh pengiraan undi.

3. Hanya calon yang mendapat undian tertinggi bagi kerusi Yang Dipertua (YDP) dan Naib YDP layak menduduki kerusi tersebut.

4. 3 orang calon bagi siswa dan 2 orang calon bagi siswi yang mendapat undian tertinggi dikira menang bagi kerusi Ahli Majlis Tertinggi BKASJ

5. Sekiranya berlaku seri pada keputusan undian, undian seterusnya akan dilakukan oleh pihak JPR (qur’ah)

6. Keputusan pihak JPR adalah MUKTAMAD.

TATACARA BERKEMPEN DAN MENGUNDI

PERATURAN DAN TATACARA BERKEMPEN

1. Tempoh berkempen bagi pilihanraya BKASJ kali ini bermula pada hari Khamis bersamaan 26 Rejab 1431H / 8 Julai 2010.

2. Tempoh tersebut akan berakhir pada hari Jumaat bersamaan 27 Rejab 1431H / 9 Julai 2010 pada jam 11.59 malam.

3. Semua calon yang layak bertanding atau mana-mana wakil calon atau penyokong-penyokong calon pada pilihanraya kali ini hendaklah mematuhi semua peraturan dan tatacara semasa berkempen.

4. Calon atau mana-mana wakil calon atau penyokong calon tidak dibenarkan sama sekali untuk berkempen dengan cara memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah atau menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan terhadap calon lain.

5. Mana-mana calon atau wakil calon atau penyokong calon yang melanggar mana-mana daripada peruntukan peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh JPR BKASJ 2010/2011 boleh meyebabkan calon tersebut hilang kelayakan untuk bertanding di dalam pilihanraya BKASJ 2010/2011.

6. Sebarang kekeliruan atau bantahan terhadap calon lain hendaklah dikemukakan kepada JPR BKASJ (rujuk syarat-syarat penamaan calon) selewat-lewatnya pada hari Khamis bersamaan 26 Rejab 1431H / 8 Julai 2010 pada jam 7 malam.

7. JPR BKASJ 2010/2011 (rujuk syarat-syarat penamaan calon) berhak dan mempunyai kuasa dalam menafsirkan apa jua peraturan dan tatacara yang dikeluarkan dan ditetapkan. Segala keputusan JPR BKASJ 2010/2011 berkenaan dengan perjalanan pilihanraya adalah MUKTAMAD.



PERATURAN DAN TATACARA MENGUNDI

1. Pengundian hanya sah dilakukan oleh Ahli Rasmi & Ahli Bersekutu Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) sahaja.

2. Pengundi tidak dibenarkan sama sekali mewakilkan pihak lain untuk mengundi bagi pihak pengundi.

3. Pengundi hendaklah membawa bersama pengenalan diri sama ada Kad Pengenalan Diri Jordan (Iqomah) atau Kad Matrik Universiti masing-masing semasa melaporkan diri di kaunter JPR untuk mengundi.

4. Pengundi hendaklah memastikan terlebih dahulu nama mereka tercatat pada Borang Senarai Nama Pengundi yang dikeluarkan oleh JPR BKASJ 2010/2011.

5. Pengundi hendaklah memastikan mereka menerima borang pengundian yang asli ( tertera cop JPR BKASJ) sebelum melakukan proses pengundian.

6. Pengundi hendaklah memastikan mereka menepati waktu mengundi yang telah ditetapkan oleh JPR BKASJ 2010/2011.

7. Pengundi dilarang sama sekali melakukan sebarang kekecohan semasa pilihanraya berlangsung samada di luar atau di dalam bilik mengundi.

8. Pengundi dikehendaki menggunakan pensel yang disediakan oleh JPR BKASJ 2010/2011.

9. Undian Pos : Mana-mana pengundi yang tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di luar Jordan dibenarkan untuk melakukan undian secara pos melalui email : jprbkasj@yahoo.com

10. Undian mestilah dihantar kepada email tersebut selewat-lewatnya pada hari Jumaat bersamaan 27 Rejab 1431H / 9 Julai 2010 jam 5 petang waktu Jordan. Ini bagi memudahkan pihak JPR melakukan pengiraan setelah tamat waktu mengundi pada mesyuarat Agung BKASJ 2010.

11. Pengundian pos adalah tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang sama dengan peraturan dan tatacara pengundian biasa kecuali waktu melakukan pengundian.

12. Undian adalah sulit.

13. Setiap undian mestilah mematuhi arahan yang telah ditetapkan sebagaimana yang tertera pada borang pengundian.

14. Keputusan Pilihanraya akan diisytiharkan di dalam Mesyuarat Agung BKASJ 2010 oleh Pengarah atau mana-mana Ahli Jawatankuasa yang diberi arahan oleh pengarah untuk melakukan tujuan tersebut.

15. Mana-mana pengundi yang melanggar mana-mana salah satu daripada Peraturan dan Tatacara Pengundian yang ditetapkan oleh JPR BKASJ 2010/2011 boleh dihalang daripada melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi atau undian mereka dikira tidak sah.

16. Sebarang keputusan yang dibuat oleh JPR BKASJ 2010/2011 adalah MUKTAMAD.

PENDAFTARAN UNDIAN POS PILIHANRAYA BKASJ 2010/2011

Assalamualaikum wrt.wbt

1) Keputusan rasmi penamaan calon bagi Pilihanraya BKASJ 2010 telah kami umumkan dalam post sebelum ini. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Pilihanraya BKASJ 2010/2011:

Tarikh: 10 JULAI 2010
Masa : 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari
Tempat: Kuliyah Tarbiah, Universiti Yarmouk, Irbid


2) Pihak JPR BKASJ 2010/2011 akan melaksanakan undian pos bagi ahli-ahli BKASJ yang berada di luar Jordan. Sehubungan dengan itu,kami membuka pendaftaran bermula pada hari ini,Khamis bersamaan 8 Julai 2010. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Jumaat bersamaan 9 Julai 2010 pada jam 8.00h pagi waktu Jordan. Pendaftaran hendaklah dibuat melalui email JPR BKASJ 2010/2011 iaitu jprbkasj@yahoo.com. Sila sertakan nama penuh dan emel anda semasa pendaftaran ini dilakukan.

3)Undian pos ini hanya sah dibuat bagi ahli-ahli yang berada di luar Jordan dan membuat pendaftaran kepada JPR BKASJ 2010/2011 sahaja. Undian pos tidak akan dikira bagi mana-mana ahli yang berada di Jordan dan tidak mendaftarkan diri.

4)Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Mohammad Izzat b Borhanuddin 0776915935 (ikhwah)
Erna Madina bt Mohd Shaher 0779839026 (akhawat)


5)Segala kerjasama kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.


Yang menjalankan amanah,
.......................
ERNA MADINA BT MOHD SHAHER
Setiausaha JPR BKASJ 2010/2011


Download Surat-surat Pekeliling di sini : http://www.4shared.com/file/odRjg2HC/Pilihanraya_BKASJ_2010.html

PENAMAAN CALON DAN KEBENARAN BERKEMPEN

Assalamualaikum wrt.wbt

Kepada:
Semua Ahli,
Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) sesi 2009/2010

Saudara/Saudari,

MAKLUMAN PENAMAAN CALON PILIHANRAYA BAGI AHLI MAJLIS TERTINGGI BKASJ SESI 2010/2011 DAN KEBENARAN BERKEMPEN

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya, pihak Jawatankuasa Pilihanraya BKASJ mengumumkan senarai nama calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya BKASJ sesi 2010/2011.

2. Berikutan penamaan calon ini, pihak JPR memberi peluang kepada calon-calon dan/atau wakilnya yang terdiri daripada ahli BKASJ untuk berkempen mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

3. Peraturan dan syarat-syarat untuk berkempen adalah seperti berikut:

i. Tempoh berkempen bagi pilihanraya BKASJ kali ini bermula pada hari Khamis bersamaan 26 Rejab 1431H / 8 Julai 2010.

ii. Tempoh tersebut akan berakhir pada hari Jumaat bersamaan 27 Rejab 1431H / 9 Julai 2010 pada jam 11.59 malam.

iii. Semua calon yang layak bertanding atau mana-mana wakil calon atau penyokong-penyokong calon pada pilihanraya kali ini hendaklah mematuhi semua peraturan dan tatacara semasa berkempen.

iv. Calon atau mana-mana wakil calon atau penyokong calon tidak dibenarkan sama sekali untuk berkempen dengan cara memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah atau menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan terhadap calon lain.

v. Mana-mana calon atau wakil calon atau penyokong calon yang melanggar mana-mana daripada peruntukan peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh JPR BKASJ 2010/2011 boleh meyebabkan calon tersebut hilang kelayakan untuk bertanding di dalam pilihanraya BKASJ 2010/2011.

vi. Sebarang kekeliruan atau bantahan terhadap calon lain hendaklah dikemukakan kepada JPR BKASJ (rujuk syarat-syarat penamaan calon) selewat-lewatnya pada hari Khamis bersamaan 26 Rejab 1431H / 8 Julai 2010 pada jam 7 malam.

vii. JPR BKASJ 2010/2011 (rujuk syarat-syarat penamaan calon) berhak dan mempunyai kuasa dalam menafsirkan apa jua peraturan dan tatacara yang dikeluarkan dan ditetapkan. Segala keputusan JPR BKASJ 2010/2011 berkenaan dengan perjalanan pilihanraya adalah MUKTAMAD.

4. Untuk mendapat penjelasan lanjut, sila rujuk kepada mana-mana ahli JPR.

5. Segala kerjasama daripada saudara/saudari amatlah diharapkan agar pilihanraya kali ini dapat berjalan lancar dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

AMANAH, CEKAP, ADIL

Yang menjalankan amanah,
…………………………………………
(ERNA MADINA BT MOHD SHAHER)
Setiausaha,
Jawatankuasa Pilihanraya (JPR),
Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASJ),
Sesi 2010/2011.

Download Surat-surat Pekeliling di sini : http://www.4shared.com/file/odRjg2HC/Pilihanraya_BKASJ_2010.html

SENARAI CALON YANG BERTANDING

PENAMAAN CALON

PILIHANRAYA MAJLIS AHLI TERTINGGI BKASJ

SESI 2010/2011

  1. CALON SISWA

1.

Abdul Rahim bin Mohd Ali

2.

Abdul Rahman bin Mohd Sha’ary

3.

Abdul Razak bin Talderi

4.

Aiman Sufyan bin Aezman

5.

Mohamed Khiedier bin Abdul Wahab

6.

Muhammad Faiq Nabil bin Ramli

7.

Rakif bin Selamat

  1. CALON SISWI

1.

BAZILAH BINTI AHMAD ZAKI

2.

KAUTHAR BINTI RUSLAN

3.

NADHIRAH BINTI ABDUL KADIR

4.

NUR DHANIAH BINTI MOHAMMAD NASIR

5.

NUR IZZAH BINTI MD AKHIR

6.

NUR SYUHADA BINTI HISHAM

7.

UMMI SYUHAIRAH BINTI ABDULLAH

Annual Grand Meeting 15





Salam 3laikum

Buat semua Ahli Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor yang dirahmati Allah

Mari bersama kita tunaikan hak sebagai Anak Negeri Selangor Darul Ehsan

dengan menghadiri...........

15 th ANNUAL GRAND MEETING

atau

MESYUARAT AGONG TAHUNAN KE-15

Butir-butir adalah seperti berikut..

Hari : Sabtu

Tarikh : 10 Julai 2010

Tempat dan tentatif akan diumumkan kemuadian

Semua ahli BKASJ amat dialukan untuk hadir!!

"BEKERJASAMA MEMBENTUK KESEPAKATAN"

Jazakumullah khairan kathira