PENAMAAN CALON DAN KEBENARAN BERKEMPEN

Assalamualaikum wrt.wbt

Kepada:
Semua Ahli,
Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) sesi 2009/2010

Saudara/Saudari,

MAKLUMAN PENAMAAN CALON PILIHANRAYA BAGI AHLI MAJLIS TERTINGGI BKASJ SESI 2010/2011 DAN KEBENARAN BERKEMPEN

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya, pihak Jawatankuasa Pilihanraya BKASJ mengumumkan senarai nama calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya BKASJ sesi 2010/2011.

2. Berikutan penamaan calon ini, pihak JPR memberi peluang kepada calon-calon dan/atau wakilnya yang terdiri daripada ahli BKASJ untuk berkempen mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

3. Peraturan dan syarat-syarat untuk berkempen adalah seperti berikut:

i. Tempoh berkempen bagi pilihanraya BKASJ kali ini bermula pada hari Khamis bersamaan 26 Rejab 1431H / 8 Julai 2010.

ii. Tempoh tersebut akan berakhir pada hari Jumaat bersamaan 27 Rejab 1431H / 9 Julai 2010 pada jam 11.59 malam.

iii. Semua calon yang layak bertanding atau mana-mana wakil calon atau penyokong-penyokong calon pada pilihanraya kali ini hendaklah mematuhi semua peraturan dan tatacara semasa berkempen.

iv. Calon atau mana-mana wakil calon atau penyokong calon tidak dibenarkan sama sekali untuk berkempen dengan cara memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah atau menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan terhadap calon lain.

v. Mana-mana calon atau wakil calon atau penyokong calon yang melanggar mana-mana daripada peruntukan peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh JPR BKASJ 2010/2011 boleh meyebabkan calon tersebut hilang kelayakan untuk bertanding di dalam pilihanraya BKASJ 2010/2011.

vi. Sebarang kekeliruan atau bantahan terhadap calon lain hendaklah dikemukakan kepada JPR BKASJ (rujuk syarat-syarat penamaan calon) selewat-lewatnya pada hari Khamis bersamaan 26 Rejab 1431H / 8 Julai 2010 pada jam 7 malam.

vii. JPR BKASJ 2010/2011 (rujuk syarat-syarat penamaan calon) berhak dan mempunyai kuasa dalam menafsirkan apa jua peraturan dan tatacara yang dikeluarkan dan ditetapkan. Segala keputusan JPR BKASJ 2010/2011 berkenaan dengan perjalanan pilihanraya adalah MUKTAMAD.

4. Untuk mendapat penjelasan lanjut, sila rujuk kepada mana-mana ahli JPR.

5. Segala kerjasama daripada saudara/saudari amatlah diharapkan agar pilihanraya kali ini dapat berjalan lancar dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

AMANAH, CEKAP, ADIL

Yang menjalankan amanah,
…………………………………………
(ERNA MADINA BT MOHD SHAHER)
Setiausaha,
Jawatankuasa Pilihanraya (JPR),
Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASJ),
Sesi 2010/2011.

Download Surat-surat Pekeliling di sini : http://www.4shared.com/file/odRjg2HC/Pilihanraya_BKASJ_2010.html

Leave a Reply