TATACARA BERKEMPEN DAN MENGUNDI

PERATURAN DAN TATACARA BERKEMPEN

1. Tempoh berkempen bagi pilihanraya BKASJ kali ini bermula pada hari Khamis bersamaan 26 Rejab 1431H / 8 Julai 2010.

2. Tempoh tersebut akan berakhir pada hari Jumaat bersamaan 27 Rejab 1431H / 9 Julai 2010 pada jam 11.59 malam.

3. Semua calon yang layak bertanding atau mana-mana wakil calon atau penyokong-penyokong calon pada pilihanraya kali ini hendaklah mematuhi semua peraturan dan tatacara semasa berkempen.

4. Calon atau mana-mana wakil calon atau penyokong calon tidak dibenarkan sama sekali untuk berkempen dengan cara memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah atau menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan terhadap calon lain.

5. Mana-mana calon atau wakil calon atau penyokong calon yang melanggar mana-mana daripada peruntukan peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh JPR BKASJ 2010/2011 boleh meyebabkan calon tersebut hilang kelayakan untuk bertanding di dalam pilihanraya BKASJ 2010/2011.

6. Sebarang kekeliruan atau bantahan terhadap calon lain hendaklah dikemukakan kepada JPR BKASJ (rujuk syarat-syarat penamaan calon) selewat-lewatnya pada hari Khamis bersamaan 26 Rejab 1431H / 8 Julai 2010 pada jam 7 malam.

7. JPR BKASJ 2010/2011 (rujuk syarat-syarat penamaan calon) berhak dan mempunyai kuasa dalam menafsirkan apa jua peraturan dan tatacara yang dikeluarkan dan ditetapkan. Segala keputusan JPR BKASJ 2010/2011 berkenaan dengan perjalanan pilihanraya adalah MUKTAMAD.



PERATURAN DAN TATACARA MENGUNDI

1. Pengundian hanya sah dilakukan oleh Ahli Rasmi & Ahli Bersekutu Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) sahaja.

2. Pengundi tidak dibenarkan sama sekali mewakilkan pihak lain untuk mengundi bagi pihak pengundi.

3. Pengundi hendaklah membawa bersama pengenalan diri sama ada Kad Pengenalan Diri Jordan (Iqomah) atau Kad Matrik Universiti masing-masing semasa melaporkan diri di kaunter JPR untuk mengundi.

4. Pengundi hendaklah memastikan terlebih dahulu nama mereka tercatat pada Borang Senarai Nama Pengundi yang dikeluarkan oleh JPR BKASJ 2010/2011.

5. Pengundi hendaklah memastikan mereka menerima borang pengundian yang asli ( tertera cop JPR BKASJ) sebelum melakukan proses pengundian.

6. Pengundi hendaklah memastikan mereka menepati waktu mengundi yang telah ditetapkan oleh JPR BKASJ 2010/2011.

7. Pengundi dilarang sama sekali melakukan sebarang kekecohan semasa pilihanraya berlangsung samada di luar atau di dalam bilik mengundi.

8. Pengundi dikehendaki menggunakan pensel yang disediakan oleh JPR BKASJ 2010/2011.

9. Undian Pos : Mana-mana pengundi yang tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di luar Jordan dibenarkan untuk melakukan undian secara pos melalui email : jprbkasj@yahoo.com

10. Undian mestilah dihantar kepada email tersebut selewat-lewatnya pada hari Jumaat bersamaan 27 Rejab 1431H / 9 Julai 2010 jam 5 petang waktu Jordan. Ini bagi memudahkan pihak JPR melakukan pengiraan setelah tamat waktu mengundi pada mesyuarat Agung BKASJ 2010.

11. Pengundian pos adalah tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang sama dengan peraturan dan tatacara pengundian biasa kecuali waktu melakukan pengundian.

12. Undian adalah sulit.

13. Setiap undian mestilah mematuhi arahan yang telah ditetapkan sebagaimana yang tertera pada borang pengundian.

14. Keputusan Pilihanraya akan diisytiharkan di dalam Mesyuarat Agung BKASJ 2010 oleh Pengarah atau mana-mana Ahli Jawatankuasa yang diberi arahan oleh pengarah untuk melakukan tujuan tersebut.

15. Mana-mana pengundi yang melanggar mana-mana salah satu daripada Peraturan dan Tatacara Pengundian yang ditetapkan oleh JPR BKASJ 2010/2011 boleh dihalang daripada melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi atau undian mereka dikira tidak sah.

16. Sebarang keputusan yang dibuat oleh JPR BKASJ 2010/2011 adalah MUKTAMAD.

Leave a Reply