PENDAFTARAN UNDIAN POS PILIHANRAYA BKASJ 2010/2011

Assalamualaikum wrt.wbt

1) Keputusan rasmi penamaan calon bagi Pilihanraya BKASJ 2010 telah kami umumkan dalam post sebelum ini. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Pilihanraya BKASJ 2010/2011:

Tarikh: 10 JULAI 2010
Masa : 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari
Tempat: Kuliyah Tarbiah, Universiti Yarmouk, Irbid


2) Pihak JPR BKASJ 2010/2011 akan melaksanakan undian pos bagi ahli-ahli BKASJ yang berada di luar Jordan. Sehubungan dengan itu,kami membuka pendaftaran bermula pada hari ini,Khamis bersamaan 8 Julai 2010. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Jumaat bersamaan 9 Julai 2010 pada jam 8.00h pagi waktu Jordan. Pendaftaran hendaklah dibuat melalui email JPR BKASJ 2010/2011 iaitu jprbkasj@yahoo.com. Sila sertakan nama penuh dan emel anda semasa pendaftaran ini dilakukan.

3)Undian pos ini hanya sah dibuat bagi ahli-ahli yang berada di luar Jordan dan membuat pendaftaran kepada JPR BKASJ 2010/2011 sahaja. Undian pos tidak akan dikira bagi mana-mana ahli yang berada di Jordan dan tidak mendaftarkan diri.

4)Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Mohammad Izzat b Borhanuddin 0776915935 (ikhwah)
Erna Madina bt Mohd Shaher 0779839026 (akhawat)


5)Segala kerjasama kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.


Yang menjalankan amanah,
.......................
ERNA MADINA BT MOHD SHAHER
Setiausaha JPR BKASJ 2010/2011


Download Surat-surat Pekeliling di sini : http://www.4shared.com/file/odRjg2HC/Pilihanraya_BKASJ_2010.html

Leave a Reply