MAKLUMAT TERKINI PILIHANRAYA '11/'12


Assalamualaikum wrt.wbt

Kepada:

Semua Ahli,

Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) sesi 2010/2011.

Saudara/Saudari,

MAKLUMAN TERKINI PILIHANRAYA BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR (BKASJ) 2011/2012.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dimaklumkan bahawa Pilihanraya BKASJ 2011/2012 ini akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 9 Julai 2011.

2. Adalah dimaklumkan bahawa bilangan calon siswa yang layak bertanding untuk pilihanraya kali ini adalah seramai 8 orang. Justeru, Jawatankuasa Pilihanraya BKASJ 2010/2011 secara rasminya mengumumkan calon-calon ini boleh bertanding bagi kerusi Ahli Majlis Tertinggi BKASJ 2010/2011.

3. Justeru, pilihanraya yang bakal dijalankan bagi pihak siswa pada sesi kali ini adalah untuk merebut 1 kerusi Yang Dipertua (YDP) BKASJ 2010/2011 dan 3 kerusi bagi Majlis Tertinggi bagi pentadbiran BKASJ sesi 2010/2011.

4. Manakala bagi pihak siswi, bilangan calon yang layak bertanding adalah seramai 7 orang. Bilangan kerusi yang dipertandingkan adalah 3 kerusi iaitu 1 kerusi bagi Naib Yang Dipertua dan 2 kerusi bagi Majlis Tertinggi bagi pentadbiran BKASJ sesi 2010/2011.

5. Semoga setiap ahli dapat mengundi calon-calon yang layak bertanding dengan sewajarnya dan sebaiknya. Segala kerjasama daripada anda semua kami dahului dengan lafaz jazakumullahukhair.

Sekian, terima kasih.

AMANAH, CEKAP, ADIL

Yang menjalankan amanah,

shahzzan

(AISHAH BINTI AZIZAN)

Setiausaha,

Jawatankuasa Pilihanraya (JPR),

Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASJ),

Sesi 2011/2012.


Disahkan oleh,

hakimjohari

(ABDUL HAKIM BIN JOHARI)

Pengarah,

Jawatankuasa Pilihanraya (JPR),

Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASJ),

Sesi 2011/2012.

Leave a Reply