PEKELILING KE-2 ; PENGUMUMAN CALON PILIHANRAYA & KEBENARAN BERKEMPEN


Assalamualaikum wrt.wbt

Kepada:

Semua Ahli,

Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) sesi 2010/2011

Saudara/Saudari,

MAKLUMAN PENAMAAN CALON PILIHANRAYA BAGI AHLI MAJLIS TERTINGGI BKASJ SESI 2011/2012 DAN KEBENARAN BERKEMPEN

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya, pihak Jawatankuasa Pilihanraya BKASJ mengumumkan senarai nama calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya BKASJ sesi 2011/2012.

2. Berikutan penamaan calon ini, pihak JPR memberi peluang kepada calon-calon dan/atau wakilnya yang terdiri daripada ahli BKASJ untuk berkempen mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

3. Peraturan dan syarat-syarat untuk berkempen adalah seperti berikut:

  1. Tempoh berkempen bagi pilihanraya BKASJ kali ini bermula pada hari Isnin bersamaan 27 Julai 2011.
  2. Tempoh tersebut akan berakhir pada hari Jumaat bersamaan 8 Julai 2011 pada jam 11.59 malam.
  3. Semua calon yang layak bertanding atau mana-mana wakil calon atau penyokong-penyokong calon pada pilihanraya kali ini hendaklah mematuhi semua peraturan dan tatacara semasa berkempen.
  4. Calon atau mana-mana wakil calon atau penyokong calon tidak dibenarkan sama sekali untuk berkempen dengan cara memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah atau menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan terhadap calon lain.
  5. Mana-mana calon atau wakil calon atau penyokong calon yang melanggar mana-mana daripada peruntukan peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh JPR BKASJ 2010/2011 boleh meyebabkan calon tersebut hilang kelayakan untuk bertanding di dalam pilihanraya BKASJ 2011/2012.
  6. Sebarang kekeliruan atau bantahan terhadap calon lain hendaklah dikemukakan kepada JPR BKASJ (rujuk syarat-syarat penamaan calon) selewat-lewatnya pada hari Rabu bersamaan 6 Julai 2011 pada jam 7 malam.
  7. JPR BKASJ 2010/2011 (rujuk syarat-syarat penamaan calon) berhak dan mempunyai kuasa dalam menafsirkan apa jua peraturan dan tatacara yang dikeluarkan dan ditetapkan. Segala keputusan JPR BKASJ 2011/2012 berkenaan dengan perjalanan pilihanraya adalah MUKTAMAD.

4. Untuk mendapat penjelasan lanjut, sila rujuk kepada mana-mana ahli JPR.

5. Segala kerjasama daripada saudara/saudari amatlah diharapkan agar pilihanraya kali ini dapat berjalan lancar dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

shahzzan

(AISHAH BINTI AZIZAN)

Setiausaha,

Jawatankuasa Pilihanraya (JPR),

Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASJ),

Sesi 2011/2012.


“AMANAH     CEKAP     ADIL”



CALON YANG LAYAK BERTANDING BAGI

PILIHANRAYA MAJLIS AHLI TERTINGGI BKASJ

SESI 2011/2012

  1. CALON SISWA

1.

Amirul hafiz bin ali

2.

AMMAR BIN ROSLAN

3.

KHAIRUL NAIM BIN MANSOR

4.

KHUBAIB BIN MUHAMMAD ASMADI

5.

MOHAMED KHIEDIER BIN ABDUL WAHAB

6.

MOHAMMAD RADHI BIN MOHAMMAD NOH

7.

MUHAMMAD FAKHRI BIN ZAMRI

8.

RAKIF BIN SELAMAT

  1. CALON SISWI

1.

AINUN NADHRAH BINTI KAMARUDIN

2.

AMEENAH BINTI MOHD AZHAR

3.

NORFARIHIN BINTI MD HALIM

4.

NUR DHANIAH BINTI MOHAMMAD NASIR

5.

NUR JANNAH BINTI ROSLAN

6.

RAHIL BINTI MOHD GHAZALI

7.

RAHMAH BINTI NASIR


Leave a Reply